Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

251) MEMBAIK PULIH KEDIAMAN RASMI YAB DATOÕ MENTERI BESAR DAN 10 BUAH KEDIAMAN RASMI EXCO

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah wang yang dibelanjakan untuk menyelenggarakan dan membaik pulih Kediaman Rasmi YAB DatoÕ Menteri Besar dan 10 buah Kediaman Rasmi EXCO (Kuarters Rasmi) di Seksyen 7, Shah Alam sejak Tahun 2008 sehingga kini; Sila menyatakan kerja-kerja baik pulih yang telah dilakukan untuk 11 buah kediaman tersebut

    Kerja-kerja baik pulih yang telah dilakukan untuk 11 buah kediaman tersebut adalah seperti di LAMPIRAN A.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menjualkan kesemua 10 kediaman rasmi EXCO ?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri TIDAK bercadang menjual kesemua 10 kediaman rasmi EXCO kerana kediaman rasmi EXCO tersebut diduduki oleh semua Ahli MMKN selaras dengan keputusan MMKN Bil. 16/2013.

  3. Sila nyatakan siapakah Ahli MMKN yang tinggal menetap disini?

    Bagi kediaman rasmi EXCO yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, berikut adalah senarai Ahli MMKN yang tinggal di rumah EXCO tersebut:

    NOMBOR RUMAH NAMA YB EXCO
    No. 1 Y.B. Tuan Sallehen bin Mukhyi
    No. 2 Y.B. Tuan Iskandar bin Abd Samad
    No. 3 Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman
    No. 4 Y.B. Puan Dr. Daroyah binti Alwi
    No. 5 Y.B. Dato’ Teng Chang Kim
    No. 6 Y.B. Puan Elizabeth Wong
    No. 7 Y.B. Puan Rodziah binti Ismail
    No. 8 Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
    No. 9 Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi
    No. 10 Y.B. Puan Dr. Halimah Ali

     

    KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR DARI TAHUN 2008 HINGGA TAHUN

    2014

    BIL TAHUN KERJA BUTIRAN BAYARAN (RM) JUMLAH (RM)
    1 2008 Membaiki sistem kamera litar tertutup di kediaman rasmi YAB

    Menteri Besar Selangor

    17,800.00
    2 2009 Kontrak Membaiki kerosakan di kediaman rasmi Menteri Besar  Selangor  

    Interim 1 297,300.00
    Interim 2 95,600.00
    Interim 3 8,089.00
    400,989.00
    3 2011 Kerja-kerja mengaplikasi lapiran kalis air (waterproofing) bagi menggantikan yang telah rosak serta kerja-kerja yang berkaitan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor 19,832.00
    4 2012 Kerja membaikpulih dan penyelenggaraan kediaman rasmi

    Menteri Besar Selangor

    13,254.66
    5 2012 Kerja sengaraan elektrik untuk perlampuan dalaman, hiasan dan kawasan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor 41,983.10
    6 2012 Kerja-kerja membekal dan memasang pintu pagar utama baru bagi menggantikan yang sediada telah rosak serius di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor 8,000.00
    7 2013 Kerja-kerja pembaikan sistem kolam renang seperti penggantian paip baru (main drain & main supply) termasuk kerja-kerja pecah tile & konkrit sepanjang laluan paip, mengorek tanah, pasang semula tile dan lain – lain di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor 19,700.00
    8 2013 Kerja-kerja penggantian sistem pam penggalak seperti ganti satu set pam jenama Grundfest termasuk kerja-kerja mengganti dan ubahsuai sistem perpaipan baru, wiring semula dari ‘Distribution Box’ ke pam ganti ‘Pressure Vassel Tank’ dan lain-lain kerja berkaitan di kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor 8,000.00

    1

    KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR DARI TAHUN 2008 HINGGA TAHUN

    2014

    BIL TAHUN KERJA BUTIRAN BAYARAN (RM) JUMLAH (RM)
        Kerja-kerja pengujian kolam renang bocor termasuk menjalankan    
    9 2013 kerja-kerja ujian tekanan keseluruhan paip, ganti 16 inci kipas pelawas yang rosak, cuci tangki simpanan untuk kolam renang kediaman rasmi Menteri Besar Selangor 19,720.00
    JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN DARI TAHUN 2008 HINGGA 2014 KERJA PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR 549,278.76

    2

     

Lampiran

Tiada Lampiran.