Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

240) PROJEK DATUM JELATEK

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek Datum Jelatek?

    PKNS telah melantik syarikat anak, Datumcorp International Sdn. Bhd. sebagai pemaju yang akan melaksanakan pembangunan Datum Jelatek.

  2. Siapakah rakan kongsi yang dilantik oleh pihak PKNS?

    Pihak Pengurusan Datumcorp kini sedang menjalankan proses penilaian ke atas kontraktor-kontraktor utama yang menyertai pelawaan tender. Keputusan dan perlantikan kontraktor akan dibuat secepat mungkin.

  3. Nyatakan faedah-faedah yang diperolehi oleh PKNS di dalam projek ini?

    Faedah yang diperolehi oleh PKNS dalam projek ini adalah :

    • Meningkatkan imej PKNS dalam segmen pembangunan hartanah bernilai tinggi setanding syarikat pemaju swasta seperti Mah Sing, SP Setia dan lain-lain lagi.
    • 50% dari jumlah unit yang dibina akan dibuka untuk jualan kepada pembeli bertaraf Bumiputera.
    • Keuntungan yang dijangka diperolehi dari projek ini adalah berjumlah RM98 juta.
    • Keuntungan yang dijana akan disalur bagi membiayai projek-projek perumahan mampu milik PKNS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.