Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
234) UNDANG-UNDANG HUDUD
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah undang-undang hudud sesuai dilaksanakan di Selangor?
Hukum hudud adalah hukum yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan adalah menjadi kewajipan kepada setiap pemerintah yang mempunyai kekuasaan dan keupayaan untuk melaksanakannya.
Namun demikian, dalam konteks Negeri Selangor yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, maka perlaksanaan hukum hudud memerlukan kefahaman dan penerimaan oleh semua lapisan masyarakat.
Walau pun hukuman ini belum dilaksanakan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai komitmen yang tinggi untuk melaksanakan maqasid syariah yang lain. Pelaksanaan hukum hudud boleh ditangguhkan jika timbul kecelaruan di dalam masyarakat.
-
Apakah peruntukan enakmen sedia ada meliputi sebahagian daripada perundangan hudud?
Peruntukan Enakmen sedia ada tidak termasuk dalam hal perundangan hudud.
-
Adakah kerajaan akan mengikut jejak langkah Kelantan dalam melaksanakan hukum Hudud di negeri ini?
Pelaksanaan hudud tidak bergantung pada Kelantan tetapi berdasarkan kepada penerimaan masyarakat kepada undang-undang hudud.