Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
233) KUALA LUMPUR OUTER RING ROAD (KLORR)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah meneliti perjanjian konsesi KLORR? Apakah terma-terma konsesi tersebut?
Perjanjian konsesi tersebut hanya dimetrai di antara Kerajaan Persekutuan (Kementerian Kerja Raya) dan syarikat konsesi (EKVE Sdn. Bhd.) tanpa melibatkan Kerajaan Negeri. Oleh demikian, Kerajaan Negeri tidak mempunyai akses bagi mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan. Selain daripada itu, Pihak Berkuasa Negeri dengan tegas telah menyatakan pendirian bahawa beberapa syarat perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan Lebuhraya
KLORR iaitu :-
- Perjanjian yang adil (tidak berat sebelah) iaitu, tidak memihak hanya kepada pemegang konsesi;
- Meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan;
- Memasukkan ke dalam perjanjian klausa penamatan awal (early termination clause) iaitu sekiranya pemegang konsesi telah mencapai projected profit bagi projek ini lebih awal dari tempoh konsesi tamat, maka perjanjian hendaklah ditamatkan lebih awal setelah permohonan di bawah Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat.
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menimbang kesan pembinaan KLORR terhadap alam sekitar? Apakah penemuannya?
Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA) telah dibuat dan dinilai oleh panelpanel pengulas yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat. Laporan ini merangkumi kesan terhadap flora, fauna, hakisan, kualiti air, udara, bunyi, getaran, hidrologi, geologi, ekonomi, sosial dan lain-lain semasa pembinaan dan operasi kelak. Hasil penemuan daripada kajian ini, segala langkah mitigasi yang perlu dilaksanakan telah dinilai oleh Agensi Kerajaan Negeri dan panel-panel pengulas (Jawatankuasa Penilai) yang terlibat.
Antara Agensi Kerajaan Negeri / panel-panel pengulas yang terlibat adalah seperti berikut:-
Agensi Kerajaan Negeri :-
- Jabatan Alam Sekitar Selangor
- Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
- Jabatan Perhutanan Selangor
- Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
- Jabatan Mineral & Geosains (JMG)
- Jabatan Kerja Raya (JKR), Cawangan Cerun
- Jabatan Kerja Raya (JKR), Cawangan Alam Sekitar
- Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB)
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
Panel-Panel Pengulas :-
- Malaysian Nature Society (MNS)
- Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- G&P Professionals Sdn. Bhd. vi. Eco Factor Consulting Sdn. Bhd.
Hasilnya, kelulusan bersyarat telah diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat pada 25 April 2013.