Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
207) PRODUK PERTANIAN SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah produk-produk pertanian utama di Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara?
Produk-produk pertanian utama Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara (2013)
Bil Produk Nilai Pengeluaran (RM) 1. Padi RM 272,974,327.00 2. Sayur-sayuran RM 30,709,269.00 3. Buah-buahan RM 15,284,100.00 4. Tanaman kontan jagung/keledek/ubi kayu RM 10,366,098.00 5. Florikultur/bunga RM 5,127,740.00 6. Tanaman industri – kelapa/koko/kopi/cendawan RM 3,443,462.00 7. Herba dan rempah ratus RM 3,105,941.00 Nota:
Sayur-sayuran utama: sawi, bayam, kangkung, kacang panjang, bendi, cili, terung
Buah-buahan utama: nenas, tembikai, rock melon, pitaya, belimbing, mangga
Herba dan rempah ratus utama: sirih, limau purut, serai
-
Apakah ada sebarang jenama produk-produk pertanian Selangor yang dibangunkan untuk tujuan pemasaran dan promosi?
Setakat ini tiada jenama khusus yang dibangunkan bagi produk-produk pertanian Selangor. Jabatan Pertanian menggalakkan usahawan membangunkan jenama mereka sendiri bagi produk-produk yang dihasilkan. Namun demikian, kerajaan Selangor melalui Jabatan Pertanian menyediakan dana dan bantuan bagi pembangunan kemudahan promosi dan pembungkusan produk kepada usahawan tani yang mendapat pensijilan MyGap dan SOM serta usahawan industri asas tani (IAT) .
Melalui Progam Perundingan & Pelaburan serta Program Industri Asas Tani Jabatan Pertanian, usahawan tani dan IAT akan dibantu bagi meningkatkan kualiti pemprosesan, pembungkusan, penjenamaan dan bantuan untuk promosi dan analisis makmal bagi kandungan nutrisi produk.