Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

186) PUSAT JAGAAN ORANG TUA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pusat jagaan orang tua di seluruh Selangor dan jumlah penghuninya?

    Terdapat sembilan (9) buah pusat jagaan orang tua di Negeri Selangor yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Negeri Selangor. Senarai pusat jagaan orang tua adalah seperti berikut :-

    BIL NAMA PUSAT

    JAGAAN ORANG

    TUA

    BILANGAN JUMLAH CATATAN
    LELAKI WANITA
    1. Rumah Seri Kenangan Cheras 102 78 108 Di bawah

    Jabatan

    Kebajikan

    Masyarakat

    Negeri

    Selangor

    2. Rumah Ehsan Kuala

    Kubu Bharu, Hulu

    Selangor

    58 53 111
    3. Rumah Tunas Budi 9 8 17
    BIL NAMA PUSAT

    JAGAAN ORANG

    TUA

    BILANGAN JUMLAH CATATAN
    LELAKI WANITA
    4. Penjagaan Warga Tua Seri Tanjung, Kuang 2 28 30 Di bawah

    Majlis

    Kebajikan Dan Pembangunan

    Masyarakat

    Negeri

    Selangor

    5. Persatuan Kebajikan Ci Hang-Cempaka

    Selangor, Shah Alam

    18 16 34
    6. Rumah Orang Tua Ampang 25 31 56
    7. Pusat Jagaan Harian

    Warga Tua Jenjarom,

    Banting, Kuala Langat

    225 216 441
    8. Pusat Jagaan Harian Warga Emas Sabak Bernam, Sg. Besar. 193 317 510
  2. Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukan membantu pusat jagaan tersebut dan jumlahnya?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan tidak meminggirkan pusat-pusat jagaan orang tua yang terdapat di negeri Selangor. Walau bagaimanapun tiada dana khas yang diperuntukan kepada pusat-pusat jagaan berkenaan. Namun begitu Kerajaan Negeri melalui pelbagai Jawatankuasa Tetap bersedia membantu dari segi pelaksanaan program-program yang berkaitan berdasarkan kepada permohonan yang diterima serta mengadakan program usahasama dengan pusat-pusat jagaan yang berkaitan. Pihak pengurusan pusat jagaan juga diberikan peluang untuk memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Negeri. Bantuan akan disalurkan setelah pihak Kerajaan Negeri meneliti dan mempertimbangkan berdasarkan kepada tahap keperluan penghuni di pusatpusat jagaan.

  3. Apakah peranan kerajaan dan GLC negeri dalam membantu pusat-pusat tersebut?

    1. Secara keseluruhan, pusat-pusat jagaan orang tua di Negeri Selangor dibawah operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah diberikan rawatan, jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas yang daif demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan serta kualiti hidup mereka.

    Begitu juga di bawah operasi seliaan Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Negeri Selangor yang turut berperanan dalam menjaga, memberi rawatan dan perlindungan sama ada secara harian dan kekal.

    Beberapa kemudahan yang telah disediakan dalam menjamin kesejahteraan orang-orang tua yang berada di pusat jagaan orang tua adalah seperti berikut:

    1. Penjagaan dan perlindungan;
    2. Kaunseling dan bimbingan;
    3. Perkhidmatan fisioterapi;
    4. Bimbingan agama dan kemudahan beribadat;
    5. Rekreasi dan carapulih kerja; dan
    6. Rawatan perubatan.

    GLC pula berperanan dalam membantu pusat-pusat tersebut melalui pemberian sumbangan berbentuk kewangan atau barang keperluan harian serta pelaksanaan program kerjasama, selaras dengan polisi mereka Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam usaha mewujudkan persekitaran masyarakat yang prihatin.

Lampiran

Tiada Lampiran.