Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
176) PEMERKASAAN SURAU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Usaha-usaha kerajaan negeri bagi memperkasakan surau-surau di seluruh negeri Selangor.
Antara program yang dilaksanakan adalah melalui kursus intensif Pegawai dan Jawatankuasa Surau ILDAS khusus bagi peningkatan ilmu dan profesionalisma Pegawai dan Jawatankuasa Surau. Selain itu, Pegawai dan Jawatankuasa Surau turut dilibatkan dalam kursus SPIES anjuran Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan pengimarahan masjid dan surau. JAIS juga turut melaksanakan pertemuan khas antara JAIS dan nazir masjid serta pengerusi surau di setiap daerah bagi mendekati dan memahami permasalahan di masjid an surau secara tidak langsung meningkatkan jalinan ukhuwah dan kerjasama antara Kerajaan Negeri khususnya JAIS dan masyarakat.
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memberikan insentif tertentu kepada imam dan bilal di surau-surau sebagai usaha memakmurkan surau-surau di Selangor ?
Jumlah bilangan surau di Selangor setakat ini sekitar 2000 buah surau. Hal ini menyukarkan JAIS dan Kerajaan Negeri untuk menyalurkan elaun kepada iman dan bilal surau memandangkan ia memerlukan peruntukan kewangan yang sangat besar.