Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

173) SELANGOR BLUE PRINT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Selangor Blue Print 2011-2013?

    Kerajan Negeri Selangor belum lagi menerbitkan Selangor Blue Print 2011-2013. Walaubagaimanapun, pejabat Menteri Besar pernah menerbitkan ‘Urus Tadbir Selangor: Dasar, Program, Fakta’ atau edisi Bahasa Inggeris yang bertajuk Governing Selangor: “Policy, Programme, Fact” segala kandungan dalam buku tersebut berbentuk laporan terhadap teras-teras utama perubahan dalam pentadbiran negeri Selangor bermula tahun 2008 sehinggalah tahun 2011.

  2. Apakah kejayaan-kejayaan besar Selangor Blue Print 2011-2013 setakat ini?

    Sebagai negeri termaju, Selangor terus mengorak langkah membuat pembaharuan didalam urus tadbir yang mementingkan ketelusan dan pertanggungjawaban.

    • Pada tahun lepas, kita telah untuk lima tahun berturut membentang belanjawan berimbang disamping meningkat meningkatkan rizab.
    • Selangor merekodkan pelaburan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM9.833 billion pada 2013 dan 228 projek telah diluluskan dengan 137, 766 peluang pekerjaan yang telah dicipta.
    • Kesan daripada polisi ketelusan dan pertanggungjawaban, pencapaian tender negeri antara 2011 hingga 2014 telah memberi nilai yang baik dimana kita dapat menjimat lebih daripada RM300juta daripada tender terbuka.
    • Selain daripada itu, pembangunan tidak dilupakan dan antara projek yang telah dilancarkan atau sedang dikaji adalajh jambatan ketiga Klang (RM281 juta), HORAS (RM405 juta), Perumahan Selangorku (RM500 juta) dan product-sharing contract (PSC) untuk industri kuari.

     

  3. Adakah perancangan dari kerajaan negeri bagi kesinambungan Selangor Blue Print pada masa akan datang?

    Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri akan berkejasama untuk menerbitkan buku ‘Urus Tadbir Selangor: Dasar, Program, Fakta dikemaskini untuk 2012 –hingga 2015 untuk edaran dan rujukan rakyat di negeri ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.