Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
169) PROJEK PEMBANGUNAN SELANGORKU SEJAHTERA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama perancangan projek tersebut dan berapakah peruntukan yang disalurkan?
Matlamat/fokus utama projek pembangunan ‘Selangorku Sejahtera’ ini adalah untuk membantu PBT menyediakan projek pembangunan yang telah dirancang tetapi tidak berkemampuan untuk melaksanakannya. Oleh itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khusus di bawah peruntukan P01. Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan bagi projek pembangunan seumpama ini. Peruntukan yang disalurkan berjumlah RM 16,943,017.63 bagi 43 projek yang telah diperakui. Antara kemudahan awam dan infrastruktur yang dimaksudkan adalah termasuk:-
- Jalan raya (selain daripada skop MARRIS);
- Laluan basikal;
- Tempat letak kereta;
- Kolam tadahan/perparitan;
- Lampu isyarat;
- Dewan;
- Perhentian bas;
- Papan tanda nama;
- Pasar awam; dan
- Taman permainan.
-
Sila senaraikan kategori pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang menjadi fokus utama dalam projek tersebut ?
Sama seperti di SUB(a)