Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

164) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini program-program PeBT?

    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) ditubuhkan selaras dengan hasrat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam usaha menggerakkan program-program pembangunan belia secara menyeluruh di seluruh Negeri Selangor.

    PeBT bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

    Program Penyampaian Perlantikan Watikah PeBT Negeri Selangor bagi sesi 2014/15 telah di adakan pada 8 Februari 2014 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor. Seramai 290 orang PeBT telah dilantik terdiri daripada pelbagai kaum.

    Seterusnya bermula pada 12 Februari hingga 15 Mac, sebanyak 11 perjumpaan khas dan taklimat khusus kepada kesemua PeBT dilakukan dengan penerangan berkisar tentang isu2 berkaitan tatacara perlantikan, prosedur perlaksanaan program, prosedur kewangan dan tuntutan, prosedur tuntutan elaun bulanan dan sebagainya.

    Sehingga kini, semua PeBT di 11 PBT seluruh Selangor telah berjaya membentuk Jawatankuasa Induk PeBT peringkat PBT dan juga peringkat Zon.

    Hingga kini, hanya PeBT dari Majlis Bandaraya Shah Alam yang masih belum bermesyuarat atau bertindak melantik AJK Induk PeBT peringkat PBT.

  2. Apakah sumbangan PeBT yang memberi impak kepada pembangunan belia dan masyarakat hari ini?

    Selaras dengan tujuan penubuhan PeBT sebagai agen penggerak kepada program-program pembangunan belia, PeBT bertindak sebagai jentera pelaksana kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi. Seterusnya, PeBT berperanan menggerakkan atau mempengaruhi golongan belia untuk melibatkan diri dalam setiap perancangan yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kepada teras-teras utama belia dalam usaha untuk melahirkan Belia Ehsan Selangor.

  3. Nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan sepanjang kewujudan PeBT?

    Peruntukan perbelanjaan untuk PeBT negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    RM 5,000.00 x 24 zon x 12 PBT     =          RM 1,440,000.00 setahun

    Peruntukan program telah disalurkan kepada PBT di mana PBT bertanggungjawab untuk memantau dan membantu dalam perlaksanaan program-program belia di peringkat PBT dan PeBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.