Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

161) SELANGOR DESTINASI PELABURAN UTAMA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif?

    Tindakan Kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif seperti berikut;-

    1. Mengadakan pertemuan dengan wakil – wakil kedutaan dan dewan – dewan perniagaan asing di Malaysia.
    2. Mengadakan sesi dialog dan pertemuan dengan pihak syarikat, pertubuhan – pertubuhan perniagaan tempatan.
    3. Mengadakan kunjungan hormat ke syarikat – syarikat yang beroperasi di Negeri Selangor.
    4. Mengadakan mesyuarat IPMC disetiap PBT sebagai medium bagi PBT dan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu yang dihadapi.
  2. Bagaimanakah prestasi semasa Selangor sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia?

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2014, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan ketiga tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1,979,375,264 (RM 1.98 bilion)

    Negeri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM Modal

    Pelaburan

    (RM)

    Sarawak 6 1,334 245,603,630 7,076,764,321 7,322,367,951
    Kedah 10 3,009 42,667,310 3,962,490,200 4,005,157,510
    Selangor 58 4,876 986,591,910 992,783,354 1,979,375,264
    Johor 37 3,859 711,071,739 587,233,161 1,298,304,900
    Penang 36 3,867 587,534,472 243,980,171 831,514,643
    Sabah 9 418 503,620,806 17,224,580 520,845,386
    Perak 7 462 460,459,032 0 460,459,032
    Negeri Sembilan 10 435 229,120,561 115,591,647 344,712,208
    Pahang 2 106 148,653,971 8,105,272 156,759,243
    Terengganu 3 216 39,962,561 78,350,665 118,313,226
    Melaka 5 80 21,930,066 31,855,000 53,785,066
    W. P. Kuala Lumpur 1 15 11,420,000 0 11,420,000
    W. P. Labuan         0
    Kelantan         0
    Perlis         0
    Belum

    Ditentukan

            0
    Jumlah 184 18,677 3,988,636,058 13,114,378,371 17,103,014,429

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.