Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
135) PENGUATKUASAAN PUSAT JUDI, CYBER CAF DAN RUMAH URUT HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pesalah kerap kali mengulangi kesalahan. Apakah tindakan penguatkuasaan dan hukuman kurang berkesan dan kekesalan pesalah?
Antara punca kesalahan berulang adalah disebabkan adanya pesanan atau permintaan yang juga tinggi dan aktiviti tersebut mudah menjana keuntungan besar. Selain itu, pengusaha mudah mendapatkan peralatan dan perisian di pasaran kerana harganya yang rendah. Selain itu, hukuman di bawah UndangUndang Kecil PBT adalah terhad dan tidak menggerunkan pesalah.
-
Bagaimanakah kerjasama dan peranan Pejabat Tanah, Polis, TNB & Syabas?
Kerjasama dan peranan semua agensi seperti Pejabat Tanah, PDRM, TNB dan Syabas dengan PBT adalah baik. Walau bagaimanapun koordinasi yang lebih teratur perlu dipertingkatkan.
-
ÒKerjasama orang awamÓ perlukah diujudkan latihan khas dan unit siasatan kepada penguatkuasa?
Cadangan “Kerjasama orang awam” adalah amat baik dan mereka boleh menyalurkan aduan terus kepada PBT melalui talian on-line atau e-aduan. Manakala unit khas siasatan kepada penguatkuasa juga amat diperlukan bagi menangani masalah tersebut.