Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

112) PRESTASI KONTRAKTOR PEMBERSIHAN, SAMPAL PUKAL DAN KEBUN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan kontraktor pembersihan, sampah pukal dan sampah kebun MBPJ yang berkhidmat lebih tiga tahun sejak 2010.

    Sehingga kini tiada kontraktor pembersihan sampah pukal dan sampah kebun Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang berkhidmat lebih daripada tiga tahun sejak 2010

  2. Adakah mereka diberi pertimbangan lebih memandangkan mereka ialah kontraktor yang benar-benar berfungsi?

    Pemilihan kontraktor adalah bergantung kepada:

    1. Prestasi kerja yang lepas atau ketika berkhidmat untuk Majis (sekiranya kontraktor pernah dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan atau kutipan kutipan di Majlis.)
    2. Kemampuan dari segi logistik dan peralatan
    3. Kewangan yang kukuh
    4. Mempunyai pengalaman bagi kerja yang berkaitan
  3. Mengapakah PBT tidak menggabungkan ketiga-tiga tugas ini di bawah satu kontraktor?

    Mulai tarikh 01 April 2014, semua kerja-kerja pembersihan, kutipan sampah pukal dan kutipan sampah kebun telah digabungkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.