Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
105) SISA PEPEJAL INDUSTRI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah pihak PBT menguruskan sisa pepejal dari pihak industri?
PBT hanya menguruskan sisa pepejal industri jenis domestik seperti sisa dari kantin dan sisa lengai seperti kayu-kayu perabot dan tayar. Manakala sisa industri yang dikategorikan sebagai sisa berjadual (bahaya) adalah diuruskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Walau bagaimanapun, didalam syarat perlesenan, pihak Majlis telah menetapkan bahawa setiap premis industri berlesen perlu melantik kontraktor kutipan sampah sendiri. Kontraktor yang dilantik hendaklah berdaftar dengan pihak PBT dan membuang sampah tersebut ke pusat pelupusan sampah yang dibenarkan sahaja.
-
Nyatakan statistik sisa pepejal dari kawasan-kawasan industri dan lokasi pelupusannya?
PBT tidak mempunyai statistik sisa pepejal dari kawasan-kawasan industri kerana kutipan sampah industri diurus sendiri oleh pihak industri.
-
Apakah teknologi yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal industri tersebut?
Tiada teknologi yang benar-benar spesifik untuk melupusan sisa industri. Namun, terdapat dua (2) kaedah yang boleh diguna pakai iaitu sisa industri yang boleh dilupuskan terus di tapak pelupusan sampah seperti ‘domestic waste’, ‘inert waste’, ‘bulky waste’, ‘garden waste’ dan ‘construction waste’ akan dihantar ke tapak pelupusan. Contohnya di Malaysia terdapat 7 pusat pembakaran mini (incinerator) iaitu di Pulau Pangkor, Langkawi, Pulau Tioman dan Labuan. Manakala sampah industri yang dikategorikan sebagai ‘schedule waste’, ‘clinical waste’, ‘hazardous waste’ akan dilupuskan dengan menggunakan teknologi incinerator. Bagi ‘schedule waste’ yang telah dirawat dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah.