Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
100) PROJEK JAMBATAN KE-3 KLANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan dengan detail bilakah projek tersebut akan dimulakan ?
Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya telah dikeluarkan. Kerja pembinaan dijadualkan pada pertengahan Julai 2014.
-
Sila senaraikan keseluruhan syarikat yang menyertai proses tender terbuka projek tersebut dan nyatakan syarikat yang berjaya dipilih serta latar belakangnya ?
Sebanyak dua puluh tiga (23) tender telah diterima dan dibuka pada hari tender ditutup. Senarai syarikat adalah seperti berikut iaitu:
No. Ruj Nama Petender 1/23 – Hati Muda Sdn.Bhd 2/23 – ZN Solution Builders 3/23 – Ranhill Water Services 4/23 – Pembinaan Ismail Sdn. Bhd 5/23 – Smart Reliances Sdn. Bhd 6/23 – Syarqiah Holdings Sdn. Bhd 7/23 – Ahmad Zaki Sdn. Bhd 8/23 – Rumex (M) Sdn. Bhd 9/23 – TN Synergy Sdn Bhd 10/23 – Pembinaan Jurubina Sdn. Bhd 11/23 – AJ-Corp sdn. Bhd 12/23 – Laksamana Builders 13/23 – Potensi Cekal Sdn. Bhd 14/23 – Yuta Maju Sdn. Bhd 15/23 – Hisniaga Sdn. Bhd 16/23 – Fouth Wave Sdn. Bhd 17/23 – Pertama Makmur Sdn. Bhd 18/23 – ANBR Resources Sdn. Bhd 19/23 – Cergas Murni Sdn. Bhd 20/23 – Binaan Desajaya Sdn. Bhd 21/23 – Majulia Sdn. Bhd 22/23 – Euro-Saga Sdn. Bhd 23/23 – Hasrat Sedaya Sdn. Bhd Latar Belakang
Petender yang berjaya adalah petender yang terendah iaitu Cergas Murni Sdn. Bhd dengan tawaran sebanyak RM 199,156,069.39. Kontraktor ini berdaftar dengan CIDB Kelas G7 taraf Bumiputera dan beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Maklumat Tambahan Latar Belakang Kontraktor Yang Berjaya Kerja Semasa :
- Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Pakej 3 dari CH 26,100 ke CH 40,038 ( Menyiapkan baki kerja yang belum siap di DaerahKemaman )
Nilai :RM 224,989,868.50
Tempoh :11/5/2011 – 15/7/2014
Prestasi :73.83% sebenar / 72.55% Jadual -Cemerlang
- Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Menggantikan Jambatan Bukit Kuang Di Jalan Persekutuan3,Kemaman
Nilai :RM 225,725,998.26
Tempoh :7/7/2010 – 22/8/2014
Prestasi :88.80% sebenar / 86.00% Jadual Cemerlang Pengalaman Kerja:
- Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Terengganu Pakej 9B: CH
102,500 ke CH 107,700
Nilai :RM 77,596,190.59
Prestasi :Baik
- Menaiktaraf Jalan Tangkak-Jasin Melaka ( Pakej 4 : Baba Nyonya Resort )
Nilai :RM 33,462,394.32
Prestasi :Terbaik
- Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Terengganu Pakej 9A:CH
91,800 ke CH 103,240
Nilai :RM 200,319,789.52
Prestasi :Baik
- Pembinaan Jambatan Kedua Penang – Pakej 3A-Batu Maung
Nilai :RM 152,718,868.55
Prestasi :Baik
-
Sila nyatakan berapakah tempoh pembinaan dan anggaran kos pembinaan projek tersebut ?
Tempoh siap pembinaan 104 minggu dan harga tawaran kontraktor yang berjaya adalah RM199,156,069.39.