Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
98) PERKEMBANGAN PLURALISME
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah fatwa dan pandangan pihak berkuasa agama negeri tentang fahaman pluralisme?
Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor melalui mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 3/2013 yang bersidang pada 6 Jun 2013 telah memutuskan bahawa fahaman pluralisme ialah aliran yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
-
Sejauh manakah ancaman pluralisme dalam konteks pengamalan Islam di negeri Selangor?
Setakat ini ancaman pluralisme dalam konteks pengamalan Islam di negeri Selangor masih terkawal. Program penjelasan dan kesan dari pemikiran ini turut diadakan seperti melalui seminar, edaran pemplet, khutbah Jumaat dan lain-lain.