Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

86) RUMAH EXCO

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kos penyelenggaraan untuk kompleks rumah EXCO di Seksyen 7 Shah Alam

    KOS PENYELENGGARAAN DI KOMPLEKS KEDIAMAN RASMI EXCO SEKSYEN 7, SHAH ALAM (DARI TAHUN 2008 HINGGA 2014).

    BIL TAHUN KOS KONTRAK PERKHIDMATAN KERJA

    INDEN/ LO

    JUMLAH
    1. 2008 RM 1,935,000.00 RM

    1,935,000.00

    2. 2009 RM 1,685,000.00 RM

    1,685,000.00

    3. 2010 RM 1,044,000.00 RM

    1,1044,000.00

    4. 2011 RM 993,900.00 RM993,900.00
    5. 2012 RM 335,255.00 RM

    115,290.00

    RM 450,545.00
    6. 2013 RM 136,560.00 RM

    82,833.00

    RM 219,393.00
    7. 2014

    (SEHINGGA

    APRIL 2014)

    RM 43,251.00 RM

    179,522.00

    RM 222,773.00

    Antara kerja-kerja baik pulih yang dilakukan di rumah Kediaman Rasmi EXCO di Seksyen 7 adalah seperti berikut :

    1. Kerja mengecat semula kawasan utama seperti bilik tidur utama, laluan koridor, ruang tamu, dewan makan utama, laluan tangga (bahagian luar rumah) dan bilik tidur.
    2. Kerja membuat tampalan sealant/ simen pada dinding yang retak.
    3. Menggantikan mentol lampu.
    4. Kerja menggantikan ‘fitting’ lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu: pili air sinki, bottle trap, ‘flexible hose’, pili air tandas, shower mandi dan pelapik tandas.
    5. Kerja menyelenggara 13 Unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.
    6. Kerja membaiki paip yang telah rosak di bahagian luar rumah. viii. Mengecat pintu dan rak televisyen yang telah lusuh.
  2. Adakah semua EXCO diwajibkan mengambil kunci untuk rumah masing- masing.

    Ya, ini berdasarkan keputusan MMKN yang ke 16 Tahun 2013 pada 12 Jun 2013 yang bersetuju supaya kunci kediaman rasmi EXCO diserahkan kepada Y.B. Ahli MMKN yang terdapat di Seksyen 7, Shah Alam.

  3. Jika tidak, apa rancangan untuk rumah yang tidak akan digunakan oleh EXCO?

    Tiada jawapan berdasarkan jawapan di bahagian (b).

Lampiran

Tiada Lampiran.