Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

84) PEMULIHAN AKHLAK DAN AKIDAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pusat pemulihan akhlak dan pemulihan akidah di Selangor?

    Pusat pemulihan akhlak milik MAIS adalah Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan bertempat di Sabak Bernam Selangor manakala pusat pemulihan akidah milik MAIS adalah Pusat Pemurnian Akhlak Baitul Iman di Ulu Yam, Selangor.

  2. Siapakah yang menguruskan pusat-pusat ini dan berapakah peruntukan yang diberikan?

    Pusat-pusat ini diuruskan oleh MAIS sepenuhnya dan kakitangan kedua-dua pusat ini adalah kakitangan lantikan MAIS. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan menerima peruntukan berjumlah RM 3.1 juta bagi tahun 2014 dan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman menerima peruntukan sebanyak RM 2.3 juta bagi tahun 2014.

  3. Nyatakan statistik penghuni dan bekas penghuni pusat-pusat ini berdasarkan kategori masalah, umur, kaum dan jantina?

    Baitul Ehsan menerima 70 orang penghuni manakala Baitul Iman 22 orang penghuni bagi tahun semasa. Kategori bagi kedua-dua pusat ini ialah perintah mahkamah dan sukarela.

Lampiran

Tiada Lampiran.