Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
71) AKTIVITI PERNIAGAAN OLEH PENDATANG HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pendatang haram semakin menguasai aktiviti perniagaan dan mengawal harga barang-barang di pasar-pasar awam Selangor. Bagaimanakah langkah-langkah kerajaan negeri menangani masalah ini?
PBT sentiasa memantau aktiviti perniagaan di pasar-pasar awam seluruh Negeri bagi menangani peniaga haram termasuklah peniaga warga asing di pasar-pasar awam atau gerai-gerai. Walau bagaimanapun, PBT tiada kuasa mengawal harga barang-barang kerana ianya di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyeru kepada pengguna agar melaporkan salah laku peniaga yang yang meletakkan harga barang sewenang-wenangnya kepada KPDNKK.
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor dalam usaha menghapuskan fenomena ÔAli BabaÕ di pasar-pasar borong?
Tindakan PBT terhadap peniaga yang menyewakan tapak perniagaanya
kepada peniaga lain adalah:-
- Menyita barang jualan serta peralatan peniagaan dan tidak akan dikembalikan;
- Peniaga akan dikenakan kompaun maksimum;
- Lesen atau permit perniagaan peniaga akan ditarik dan dibatalkan serta merta;
- Memastikan pemilik lesen mestilah berada di lokasi perniagaannya ketika pemantauan; dan
- akan menyenarai hitam nama peniaga jika mengulangi kesalahannya;