Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

65) PRESTASI PENCAPAIAN PBT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi pencapaian PBT Selangor dalam Sistem Penarafan Bintang yang dilakukan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ?

    Prestasi pencapaian PBT Selangor dalam Sistem Penarafan Bintang yang dilakukan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah seperti di jadual di bawah :-

    ANUGERAH BINTANG BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
    5 BINTANG 1. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
    ANUGERAH BINTANG BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
    4 BINTANG 1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
    2. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
    3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
    4. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
    5. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
    6. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
    7. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    8. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
    9. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
  2. Sila huraikan apakah indikator yang ditetapkan ?

    Sistem penggredan yang dilaksanakan oleh penilai berdasarkan empat (4) kriteria utama iaitu pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti. Jumlah keseluruhan bagi penilaian tersebut adalah sebanyak 325 kriteria kecil. Penarafan bintang mengikut markah keseluruhan adalah seperti berikut:-

    Jumlah Markah Taraf Bintang
    90 – 100 5 BINTANG
    75 – 89 4 BINTANG
    60 – 74 3 BINTANG
    46 – 59 2 BINTANG
    45 dan ke bawah 1 BINTANG
  3. Sila nyatakan apakah ganjaran dan insentif yang bakal diberikan kepada PBT yang memperolehi kecemerlangan ?

    Kerajaan Negeri akan mengadakan satu Majlis Apresiasi Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan pada 16 Jun 2014 bagi meraikan pencapaian PBT yang memperoleh kecemerlangan dalam penarafan bintang PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.