Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

57) OPERASI PEMBENIHAN AWAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah operasi pembenihan awan yang dilakukan di kawasan tadahan air Empangan Sg Selangor mengikut bulan pada tahun 2014

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan empangan Negeri Selangor. Jumlah operasi pembenihan awan yang dijalankan di kawasan tadahan air Empangan Sungai Selangor sahaja sehingga 31 Mei 2014 ialah sebanyak 37 kali. Perincian mengikut bulan ialah seperti dalam Jadual berikut:

    Bulan Bilangan Operasi Pembenihan Awan
    Mac 5
    April 17
    Mei 15
    Jun (sehingga 11 Jun2014) 2
    JUMLAH 39
  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk operasi pembenihan awan jika musim kemarau terus melanda Selangor pada separuh kedua tahun ini.

    Berdasarkan ramalan adalah dijangkakan keadaan cuaca panas dan kering akan berlarutan sehingga hujung tahun  bermula Jun berikutan fenomena ‘ElNino’. Sehubungan itu, pihak LUAS akan terus menjalankan operasi pembenihan awan sehingga hujung tahun ini dengan kerjasama pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) tertakluk kepada kesesuaian cuaca. Pihak LUAS juga mengambil inisiatif untuk menambahbaik kaedah pembenihan awan yang dijalankan  setelah mendapatkan pandangan teknikal pakar operasi pembenihan awan daripada Jabatan Penerbangan Untuk Penghasilan Hujan dan Pertanian DiRaja, Thailand (Department of Royal Rainmaking and Agricultural Aviation), Thailand. Cadangan penggunaan kombinasi beberapa bahan lain seperti ais kering dan butiran garam halus di dalam peringkat pelaksanaan yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan operasi pembenihan awan. Ianya tertakluk kepada kebolehdapatan peralatan-peralatan yang diperlukan di dalam negara pada masa ini. Di samping itu, pihak Kerajaan Negeri Selangor juga sedang mewujudkan kerjasama dengan jabatan tersebut bagi pemindahan teknologi yang digunakan yang mana telah dipatenkan dan mampu meningkatkan penghasilan hujan di kawasan tadahan air empangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.