Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

53) PEMERKASAAN PERPUSTAKAAN DAERAH & PUSAT SUMBER

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil untuk memperkasakan Perpustakaan Daerah di seluruh negeri Selango

    PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN-BANGUNAN

    PERPUSTAKAAN.

    Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).

    Matlamat utama adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah sosial. Bermula pada tahun 2009, bangunan-bangunan perpustakaan mula dijenama, dengan konsep yang lebih menarik melibatkan:-

    1. Buku-buku dan bahan penyelidikan terkini(termasuk pembangunan koleksi bahasa cina dan tamil di sebahagian perpustakaan yang dijenama semula)
    2. Infrastruktur
    3. Ruang bacaan yang lebih santai
    4. Perabot yang serba moden
    5. Perkhidmatan multimedia
    6. Internet dan wifi percuma,
    7. Pusat siber rakyat,
    8. Kemudahan kafetaria dan surau serta tandas yang bersih.

    Berikut adalah perpustakaan komuniti yang ditubuhkan bermula dari tahun 2010 dan telah mengalami perubahan melalui penjenamaan semula perpustakaan:

    BIL PERPUSTAKAAN TARIKH OPERASI
    1. Perpustakaan Pekan Semenyih, Hulu Langat 15 Mac 2010
    2. Perpustakaan Komuniti Bukit Beruntung, Hulu Selangor 14 April 2010
    3. Perpustakaan Komuniti Taman Seri Manja, Petaling Jaya 18 Oktober 2010
    4. Perpustakaan Komuniti Seri Perantau, Pelabuhan Klang 31 Mei 2011
    5. Perpustakan Komuniti Ampang Waterfront, Hulu Langat 17 Oktober 2011
    6. Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya, Ampang 9 Jun 2012
    7. Perpustakaan Komuniti Kajang 21 Februari 2013
    8. Perpustakaan Komuniti Rawang 24 Mac 2013
    9. Perpustakaan Komuniti Lembah Jaya Akan dibuka
    10. Perpustakaan Komuniti Sungai Udang, Klang Akan dibuka
    11. Perpustakaan Komuniti Sg. Pelek, Sepang Akan dibuka

    Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menyenaraikan beberapa tindakan berikut untuk memperkasakan perkhidmatan pepustakaan daerah di seluruh negeri Selangor. Antaranya ialah :-

    • Kempen keahlian ke sekolah-sekolah / tadika berdekatan (setiap Bulan)
    • Menyertai karnival/ program yang dianjurkan oleh jabatan lain
    • Mempergiatkan pinjaman berkelompok (setiap Bulan)
    • Hari Bertemu Pelanggan diperluaskan ke peringkat cawangan, pekan dan desa (1 kali Setahun : Bulan November)
    • Anugerah peminjam terbanyak di semua peringkat
    • Sambutan Hari Perpustakaan ( Bulan Oktober)
    • Bulan Pengampunan : Bayaran denda dikurangkan( Bulan Jun)
    • Promosi Pusat Siber Rakyat (PSR) & perkhidmatan IT Jabatan Kerajaan dan Sekolah-sekolah
    • peserta lawatan diwajibkan mendaftar sebagai ahli perpustakaan.
  2. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menjadikan masjid-masjid sebagai pusat sumber kepada masyarakat ? Jika ada sila nyatakan perancangan itu

    Perkhidmatan perpustakaan di negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini, PPAS mempunyai 1 perpustakaan ibu pejabat, 7 buah Perpustakaan Daerah, 6 Perpustakaan Cawangan, 7 Perpustakaan Pekan, 56 buah Perpustakaan Desa Negeri dan 16 Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia, 3 unit Perpustakaan Bergerak yang menjalankan perkhidmatan ke 72 perhentian di luar Bandar di seluruh Negeri Selangor.

    Perpustakaan ini telah memberikan perkhidmatan meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, penyelidikan dan rujukan serta perkhidmatan IT.

    Hampir keseluruhan kemudahan perpustakaan ini dibina berhampiran dengan pusat komuniti dan kemudahan awam seperti balairaya, sekolah, klinik, perumahan dan termasuklah masjid.

    Perpustakaan belum bercadang untuk mengadakan perkhidmatan perpustakaan di dalam masjid memandangkan ianya telah mempunyai sudut bacaan dan mini perpustakaan yang tersendiri.

    Namun begitu, perpustakaan sentiasa bersedia membantu menyumbangkan buku-buku melalui permohonan yang diterima termasuklah sumbangan buku untuk masjid tersebut. Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan pinjaman berkelompok dan aktiviti galakan membaca.

Lampiran

Tiada Lampiran.