Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

43) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan lokasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Daerah Kuala Langat. Berapakah sumbangan cukai pintu dan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga kini

    Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat  sedang dalam proses mengemaskini data-data berkaitan usahawan IKS di Daerah Kuala Langat. Oleh itu setakat ini, data cukai berkaitan belum dapat diperolehi sehingga  proses kemaskini selesai. Setakat ini, jumlah IKS di Daerah Kuala Langat  adalah sebanyak  299 orang.

  2. Apakah infrastruktur asas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha IKS di Daerah Kuala Langat

    Antara infrastruktur asas yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membantu pengusaha IKS adalah seperti pembinaan kedai PLB yang sehingga kini berjumlah 290 unit di seluruh Daerah Kuala Langat. Infrastruktur asas yang paling terbaru adalah penubuhan Bazar Darul Ehsan yang sedang dalam proses ubah suai sebelum diserahkan kepada operator yang telah dilantik. Seramai 14 orang usahawan terlibat dengan Bazar ini di mana 4 operator utama telah dilantik untuk beroperasi di dalam bangunan Bazar Darul Ehsan dan 10 orang usahawan kiosk bakal ditempatkan di luar bangunan BDE di mana 5 daripadanya adalah terdiri daripada usahawan Belia iaitu yang berusia 35 tahun dan ke bawah.

  3. Anggara berapakah peluang pekerjaan disediakan dalam IKS di Daerah Kuala Langat

    Berdasarkan Profil Kampung Daerah Kuala Langat Tahun 2013 terdapat 299 pengusaha IKS yang secara puratanya mempunyai pekerja seramai 3 orang dan anggaran jumlah keseluruhan peluang pekerjaan ialah sekitar 903 orang.

    Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran B.

    Lampiran B

    ANGGARAN PEKERJA IKS BERDASARKAN BUKU PROFIL KAMPUNG TAHUN 2013

    BIL KAMPUNG JUM.IKS ANGGARAN PEKERJA JUM. PEKERJA
    1 Sg Manggis      
    2 Banting      
    3 Jenjarom 23 3 69
    4 Seri Cheeding 1 3 3
    5 Jaya Sepakat 5 3 15
    6 Sg.Lang Baru 12 3 36
    7 Sg.Kelambu 3 3 9
    8 Olak Lempit 31 3 93
    9 Labohan Dagang 15 3 45
    10 Bkt Changgang 30 3 90
    11 RTB Bkt Changgang 0    
    12 Sg.Rambai 3 3 9
    13 Telok P.Garang 0    
    14 Batu 9 Kebun Baru 6 3 24
    15 Batu 10 KebunBaru 7 3 21
    16 Kg.Medan 3 3 9
    17 Kg Sijangkang 16 3 48
    18 Kg Baru Sg Jarom      
    19 Kanchong Darat 37 3 111
    20 KanchongTgh      
    21 Sg Lang Tengah 13 3 39
    22 Morib/Tali Air 24 3 72
    23 Kg Kelanang 25 3 75
    24 Kg Endah      
    25 Sungai Buaya      
    26 Kg Bandar 7 3 21

     

    27 Seri Jugra 3 3 9
    28 PermatangPasir   3  
    29 Kg Sawah 1 3 3
    30 Kg Melayu Pulau Carey      
    31 Kg Batu Laut      
    32 Kg kundang 19 3 57
    33 Tg Sepat Darat 10 3 30
    34 Tumbuk Darat      
    35 Ladang Batu 5 3 15
    36 Tg Sepat Indah      
      Jumlah Keseluruhan 299   903

Lampiran

Tiada Lampiran.