Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
41) MIKRO KREDIT BANDAR (MIMBAR)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa peserta keseluruhan yang menyertai program tersebut dan berapa peruntukkan yang telah digunakan?
Bermula dari Mac 2011 sehingga April 2014, MiMBAR Selangor telah membiayai seramai 4,862 orang peserta dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM9,845,978.00. Pembiayaan dan jumlah peserta ini melibatkan mereka yang telah meminjam dari pusingan pertama hingga ketiga.
JUMLAH PESERTA & PEMBIAYAAN MENGIKUT TAHUN Tahun Bilangan Peserta Dibiaya Pembiayaan (RM) 2011 1,620 3,648,500 2012 3,083 9,345,478 2013 81 208,000 2014 78 292,500 JUMLAH KESELURUHAN 4,862 9,845,978.00 JUMLAH PESERTA & PEMBIAYAAN MENGIKUT PUSINGAN PINJAMAN Pinjaman Pusingan Jumlah Peserta Jumlah Pembiayaan (RM) Pusingan Pertama 4,673 RM9,090,098 Pusingan Kedua 188 RM750,880 Pusingan Ketiga 1 RM5,000 -
Berapa banyak yang telah membayar balik atas pinjaman yang diberikan ?
Sehingga kini jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman yang diperolehi MiMBAR Selangor adalah sebanyak RM5,152,735.00. Ia melibatkan peserta yang meminjam di dalam pusingan pertama, kedua, dan ketiga.
Jadual berikut adalah jumlah bayaran balik dari tahun 2011 sehingga April 2014 :
TAHUN 2011 2012 2013 2014 ZON BIL PESERTA
RM BIL PESERTA
RM BIL PESERTA
RM BIL PESERTA
RM KLANG 179 103,280 738 455,133 592 408,859 250 68,119 SHAH ALAM 152 108,632 553 377,776 401 250,950 164 45,174 AMPANG 127 92,811 391 270,779 293 163,287 107 27,002 SEPANG 87 61,666 253 182,431 192 115,535 90 28,100 PETALING 82 43,997 355 198,897 347 210,311 137 35,036 SUBANG 107 62,329 382 238,021 327 201,193 145 37,851 SELAYANG 248 151,743 680 512,238 561 372,129 208 52,448 KAJANG 28 12,507 222 126,597 176 110,858 93 27,046 JUMLAH 1,010 636,965 3,574 2,361,872 2,889 1,833,122 1,194 320,776 JUMLAH BAYARAN BALIK PINJAMAN SEHINGGA APRIL 2014 RM5,152,735 Walau bagaimanapun, seramai 1,356 peserta telah selesai melangsaikan pinjaman penuh mereka dengan jumlah selesai bayaran balik sebanyak RM2,727,825.00.
PUSINGAN PEMBIAYAAN BAYARAN BALIK Jumlah Peserta Jumlah (RM) Jumlah Peserta Jumlah (RM) Pertama 4,673 9,090,098.00 1,323 2,589,212.00 Kedua 188 750,880.00 33 138,613.00 Ketiga (masih baru) 1 5,000 – – Manakala baki peserta yang lain adalah mereka yang masih di dalam tempoh bayaran balik pinjaman mereka.
Untuk rujukan tambahan YB.
Bagi Pertanyaan Mulut Daripada Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari (Batu Caves)
Tajuk: MIKROKREDIT BANDAR (MIMBAR)
Soalan b: Berapa banyak yang telah membayar balik atas pinjaman yang diberikan ?
Jawapan:
MiMBAR Selangor memberikan tempoh pembayaran balik selama 18 bulan. Pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran semula kepada MiMBAR Selangor.
Antara langkah yang diambil oleh MiMBAR Selangor adalah:
- Pemotongan bayaran balik melalui Arahan Tetap Bank (Standing
Instruction)
Pemotongan secara bulanan melalui Arahan Tetap yang dipersetujui oleh peserta adalah kaedah yang wajib dikenakan ke atas semua peserta yang telah berjaya diluluskan pinjamannya. Melalui kaedah yag dilakukan setiap bulan itu menjadikan bayaran balik lebih berdisiplin dan memberi jaminan pembayaran semula akan dibuat kepada MiMBAR.
- Pemantauan dan kutipan
Pemantauan terhadap peserta dibahagikan mengikut zon kawasan bagi setiap pegawai. Setiap peserta yang telah diluluskan pinjamannya akan dipantau dari segi perniagaan yang dijalankan dan corak bayaran balik mereka. Peserta yang kurang berdisiplin dalam pembayaran balik melalui potongan bank akan didekati dengan kaedah pembayaran secara manual iaitu melalui pegawai operasi. Kaedah ini akan disesuaikan mengikut masa dan kemampuan peserta yang menjadikan peserta kurang rasa terikat dan tidak perlu untuk ke bank setiap bulan. Terdapat juga peserta yang suka untuk membuat bayaran di pejabat kerana dengan cara ini mereka lebih berpeluang dan cepat mengetahui informasi dan program terkini yang disediakan oleh MiMBAR Selangor mahupun kerajaan negeri.
- Operasi turun padang
Pada setiap bulan, MiMBAR Selangor akan mengkaji corak bayaran balik peserta sama ada melalui bank mahupun manual. Apabila melihatkan corak ini berubah dengan drastik pada satu-satu masa atau bukan bermusim, operasi turun padang besar-besaran akan dilakukan oleh semua kakitangan. Pada ketika ini, MiMBAR Selangor akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang liat, bermasalah dan tegar dalam membuat pembayaran. Peserta akan diingatkan tentang baki pinjaman dan keperluan mereka untuk melunaskan pinjaman sebagai tanggungjawab kendiri. Pada masa ini juga, bagi peserta yang benar-benar mengalami masalah yang kritikal, boleh berbincang dengan pegawai operasi sama ada untuk membuat penangguhan bayaran atau menjadual semula pembayaran mereka.
- Surat peringatan
Langkah yang lebih tegas akan dikeluarkan oleh MiMBAR Selangor terhadap mereka yang tegar dan tidak mengendahkan bayaran balik pinjaman. Surat peringatan akan dikeluarkan dan ditinggalkan di premis atau kediaman mereka sekiranya mereka sukar dihubungi dan diajak berjumpa. Surat peringatan ini merangkumi jumlah pinjaman yang telah dibiayai, jumlah yang perlu dilunaskan setiap bulan dan baki bayaran. Surat peringatan ini biasanya adalah untuk mereka yang benar-benar bermasalah.
- Kerjasama ketua masyarakat
MiMBAR Selangor juga menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan masyarakat iaitu dengan melakukan perbincangan dan membawa serta ketua-ketua masyarakat di setiap kawasan seperti pengerusi penduduk, qariah masjid, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pihak lain yang lebih dekat dengan masyarakat setempat mereka. Kaedah digunapakai supaya dapat mengenalpasti masyarakat setempat yang bermasalah dan meminta bantuan mereka untuk mendekati dan berbincang dengan peserta yang bermasalah agar dapat melunaskan pinjaman mereka.
- Kempen bayaran balik
Kempen bayaran balik turut giat dijalankan bagi memberi kesedaran kepada peminjam. Kempen ini dilakukan dengan pelbagai kaedah di serata kawasan.
- Penjadualan semula
Bagi peserta yang benar-benar mengalami masalah berat, mereka boleh berbincang untuk membuat penjadualan semula bayaran balik mengikut kepada kemampuan mereka sehingga stabil semula. Penjadualan semula ini dibenarkan setelah dikenalpasti permasalahan yang dihadapi peserta.
-
Adakah program ini mampu diteruskan bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin bandar ?
Statistik Selangor menunjukkan hampir RM1.3 juta rakyat Selangor masih lagi berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) terutama di kawasan bandar. Kerajaan negeri telah meletakkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) di Selangor adalah sebanyak RM1,500.00 seisi rumah. Kurang daripadanya adalah mereka yang terdiri dari golongan miskin dan miskin tegar.
Sejak MiMBAR Selangor dilancarkan pada Mac 2011, permohonan yang diterima adalah sebanyak 12,388 permohonan. Pada awal ianya mula dilancarkan, bukan sahaja golongan peniaga kecil yang memohon untuk bantuan perniagaan akan tetapi individu yang bukan peniaga juga turut berminat untuk memohon bagi tujuan menyelesaikan masalah hutang, masalah peribadi, masalah tidak berpendapatan dan sebagainya. Simptom ini dapat dilihat bahawa ramai penduduk di bandar yang menjalani kehidupan dengan pelbagai bebanan dan tanggungan. Dengan kos saraan hidup yang tinggi, ianya tidak memberi sebarang kelebihan kepada mereka yang duduk di bandar, malah boleh diiktiraf sebagai miskin.
Justeru, MiMBAR Selangor meletakkan matlamat untuk membantu golongan miskin di bandar yang juga berpendapatan sebagai peniaga kecil untuk keluar dari tahap kemiskinan dan mampu menjana pendapatan ke arah yang lebih stabil dan selesa. MiMBAR Selangor bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pinjaman perniagaan, malah turut memberi pendekatan latihan, kursus dan motivasi agar dapat melatih, mendidik dan merangsang golongan ini supaya dapat keluar dari kemiskinan dan meningkatkan pendapatan keluarga sehingga mampu ke arah menjadi golongan usahawan yang berjaya.
Pada masa kini, MIMBAR Selangor telah mempunyai seramai 4,673 peserta yang menerima pinjaman mikrokredit, bantuan niaga dan bantuan kerja. Seramai 188 daripada mereka mendapati masih lagi memerlukan bantuan suntikan modal tambahan dalam memastikan kehidupan dan perniagaan menjadi lebih baik. Dengan itu, MIMBAR Selangor memberikan peluang kepada mereka untuk menambah pinjaman bagi pusingan seterusnya. Dengan tambahan pinjaman tanpa faedah ini, ia dilihat MIMBAR Selangor amat membantu mereka dalam menguruskan perniagaan untuk berpendapatan dengan lebih baik.
Program MIMBAR Selangor dilihat masih amat relevan kerana masih terlalu ramai lagi peserta sasaran yang memerlukan bantuan. Dengan cabaran hidup dan kenaikan kos yang terpaksa ditanggung mereka ini, bantuan dan sokongan dari Kerajaan Negeri seperti ini mestilah diteruskan malah harus diperhebatkan lagi agar ianya bukan sahaja dapat mengecilkan peratusan miskin bandar ini, bahkan ianya mampu meningkatkan pendapatan individu dan ekonomi negeri. Di sinilah peranan MiMBAR Selangor dalam membantu peniaga kecil yang memerlukan bantuan modal perniagaan untuk mengubah dan meningkatkan pendapatan mereka.
**Nota: Untuk rujukan tambahan YB.
MiMBAR Selangor telah melahirkan ramai peserta berjaya yang bermaksud dengan pinjaman dan bimbingan yang diberikan, mereka memperolehi pulangan hasil bersih pada tahap yang selesa dan lebih dari mencukupi berbanding kehidupan sebelumnya.
Kajian Kes 1:
Nama Peserta: Puan Arbiah Binti Ahmed
Jenis Perniagaan: Bakeri (Arby Bakery)
DUN: Batu Tiga
Impak pembiayaan kepada perniagaan:
- Sebelum membuat pinjaman mikrokredit MiMBAR Selangor, peserta bakeri ini menjalankan perniagaannya di rumah bagi tempahan. Pada masa itu beliau masih lagi menyewa peralatan dan mesin adunan tepung, pembakar, rak pameran roti, dan seumpamanya.
- Akan tetapi, selepas menerima pembiayaan pinjaman mikrokredit dari MiMBAR Selangor yang diperolehinya sebanyak RM2,000, beliau telah berjaya memiliki mesin dan peralatan tersebut sebagai aset perniagaannya. Ia adalah hasil daripada kejayaan beliau menjana pendapatan yang melebihi dari sebelumnya sehingga memperolehi lebihan yang berganda. Akhirnya mampu membuat tabungan atas untung yang diperolehinya dengan hanya bantuan modal tambahan itu tadi dan kursus pengurusan kewangan yang dihadirinya di bawah anjuran MiMBAR Selangor.
- Kini beliau beroperasi sepenuhnya di premis perniagaannya dan telah mendapat pembiayaan untuk kali kedua seterusnya dapat meningkatkan produktiviti perniagaannya dengan menambah beberapa mesin dan peralatan bagi menampung tempahan yang semakin banyak.
Kajian Kes 2:
Nama Peserta: Puan Sohana Binti Chiros
Jenis Perniagaan: Katering
DUN: Bukit Lanjan
Impak pembiayaan kepada perniagaan:
- Sebelum membuat pinjaman mikrokredit MiMBAR Selangor, peserta ini mengalami penurunan tahap kehidupan yang mendadak. Walau bagaimanapun, beliau meneruskan kehidupan dengan berniaga kecilkecilan dalam bidang khidmat menyediakan dan menghantar tempahan makanan. Beliau turut berusaha mendapatkan tempahan tetap dari firma swasta di Shah Alam.
- Justeru itu, selepas mendapat pembiayaan pinjaman dari MiMBAR pada pusingan pertama, jumlah pinjaman sebanyak RM1,500 itu digunakan untuk membeli emas terpakai sebagai modal tambahan bagi menampung kos perniagaan beliau. Akhirnya disebabkan pengurusan kewangan dan perancangan yang baik, beliau mampu meneruskan perniagaan kateringnya yang mendapat semakin banyak tempahan setiap hari.
- Kini, beliau membuat pinjaman pusingan kedua dengan nilai tambahan pinjaman sebanyak RM3,000, beliau bercadang untuk menambah peralatan katering bagi memenuhi tempahan yang kian bertambah.
Kajian Kes 3:
Nama Peserta: Azizi Bin Ismail
Jenis Perniagaan: Baju Kanak-kanak
DUN: Kota Anggerik
Impak pembiayaan kepada perniagaan:
- Sebelum mendapat pembiayaan pinjaman MiMBAR beliau menyewa sebuah kedai di “Uptown Shah Alam” dengan sewa sebanyak RM300 sebulan. Pendapatan yang beliau perolehi di sana pada masa itu adalah bermusim yang bergantung kepada perayaan, cuti, dan tahun baru.
Akan tetapi, selepas mendapat pinjaman MiMBAR, beliau akhirnya berjaya menambah kuantiti stok dan jualan serta beberapa bulan selepas itu beliau mampu untuk menyewa satu (1) lagi kedai dan menjual baju kanak-kanak kepada pelanggan yang “walk-in” dan juga kepada pemborong pasar malam yang membeli dalam kuantiti yang banyak dari beliau. Kini, beliau berjaya mendapat pinjaman bagi pusingan kedua sebanyak RM3,000 dalam usaha untuk menambah stok pakaian beliau di kedua-dua cawangan tersebut. Akhirnya, kini beliau mampu menjana pendapatan yang stabil pada setiap bulan.