Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
35) SUKAN EKSTREM DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kemudahan-kemudahan sukan ekstrem di Selangor mengikut daerah?
Majlis Sukan Negeri Selangor tidak menyediakan kemudahan-kemudahan sukan ekstrem di Selangor. Untuk makluman Majlis Sukan Negeri Selangor hanya menumpukan sukan yang berprestasi tinggi sahaja.
-
Apakah jenis-jenis sukan ekstrem yang menarik golongan belia?
Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor tidak mempunyai informasi berkenaan jenis sukan ekstrem untuk menarik golongan belia memandangkan tiada program yang diadakan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun terdapat Pihak Berkuasa Tempatan yang menyediakan kemudahan sukan ekstrem seperti MBPJ, MBSA, MPSJ.
-
Adakah pihak kerajaan negeri dan GLC negeri membiayai program sukan ekstrem ini?
Pihak Majlis Sukan Negeri tidak membiayai program sukan ekstrem memandangkan tiada program sukan ekstrem yang dijalankan di Selangor.