Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
25) PENERANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mempertingkatkan penerangan dasar dan program kerajaan negeri kepada rakyat?
Untuk perancangan ke depan, kita akan mewujudkan ‘citizen journalist’ iaitu aktivis media setempat yang akan bertugas secara sukarela dalam melaporkan segala aktiviti dan program di kawasan mereka. Satu kolum khas akan dibuat dalam laman web SelangorKini untuk liputan berita daripada
‘citizen journalist’ ini.
Selain itu, kita juga sedang berusaha untuk mempelbagaikan programprogram di bawah kendalian kumpulan kerja TV Selangor dan akhbar web selangorku.com. Program-program bercorak kebudayaan, keagamaan dan pro kepada generasi muda akan dipelbagaikan sesuai dengan trend dan isu semasa, khususnya di Negeri Selangor.
Kita juga akan meningkatkan tahap kecekapan edaran akhbar Selangorkini di setiap DUN. Dalam hal ini, kita akan lakukan audit di setiap Pusat Khidmat Masyarakat bagi memastikan setiap muka surat akhbar ini sampai ke tangan penduduk. Kita mahu setiap sen wang rakyat yang kita gunakan untuk mencetak dan menerbitkan akhbar ini benar-benar bermanfaat dalam menerangkan dasar dan program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.
-
Berapakah bill board yang diperuntukkan bagi penerangan MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) bagi setiap DUN?
Jumlah billboard yang diperuntukkan bagi penerangan MES disetiap DUN adalah seperti lampiran 1;
LAMPIRAN 1
BIL ADUN KAWASAN 1. N1 – Sungai Air Tawar Di simpang 3 pekan BNO Sungai Air Tawar 2. N2- Sabak Di persimpangan lampu isyarat Stadium Sabak Bernam 3. N4 – Kawasan Sekinchan Di tepi bahu jalan sebelah Padang Sekolah Rendah Agama Sekinchan 4. N5 – Hulu Bernam Selepas persimpangan bertingkat Tol Tanjung Malim menghala ke Pekan Hulu Bernam 5. N6- Kuala Kubu Baharu Di persimpangan jalan Kuala Kubu Dari Bukit Frazer/Simpang Jalan Merdeka 6. N7- Batang Kali Di jalan Batang Kalui dari Genting Highland menuju ke Kuala Kubu 7. N8 – Sungai Burong Di jalan Klang ke Teluk Intan berhampiran Balai Polis Tanjung Karang 8. N9 – Permatang Di jalan Bukit Belimbing dan jalan Kuala Selangor menghala ke Kg. Seri Tiram Jaya 9. N10 – Bukit Melawati Di simpang tiga jalan Semarak dan Jalan Melawati 10. N11 – Ijok Di simpang tiga jalan Kuala Selangor dan jalan Bukit Badong, bersebelahan Balai Polis Ijok.
11. N12 – Jeram Berdepan Stesen Petronas, Sg. Buloh BIL ADUN KAWASAN 12. N13- Kuang Di simpang empat antara jalan Cikgu dan Kg. Sungai Serai berdekatan Stesen Komputer Kuang
13. N14 – Rawang Di tepi bulatan jalan Batu Arang berdekatan Pasaraya Mydin dan Mcdonalds, Pekan Rawang
14. N15 – Taman Templer Di simpang tiga Lebuhraya Selayang – Kepong dan Jalan SU 11 15. N16 – Batu Caver Di simpang empat Jalan Batu Caves dan Jalan Kg. Sungai Tua 16. N17- Gombak Setia Di simpang 3 Jalan Gombak dan Baru Caves, berdekatan Masjid Al-Sharif, Gombak 17. N20 – Lembah Jaya Jalan Ampang/ Jalan Wawasan Ampang 18. N22 – Teratai Jalan Kuari berhampiran Masjid Kg. Cheras Baru 19. N23 – Dusun Tua Di Batu 9 Cheras antara Jln Taman Suntex dan Jalan Hulu Langat – Balai Polis 20. N24 – Semenyih Berhadapan Perpustakaan Semenyih di tepi Jalan Semenyih dan Jalan Besar 21. N25 – Kajang Di simpang empat Jalan Kajang-Cheras berhampiran Stadium Kajang/Balai Polis – ( di pinjamkan kepada MPKJ) 22. N26 – Bangi Di simpan tiga di antara Persiaran Jaya ke Persiaran Bangi 23. N27 – Balakong Di persimpangan antara Jalan Besar dan Jalan Balakong 24. N28 – Seri Kembangan Jalan Putra Permai Taman Universiti Indah 25. N29 – Seri Serdang Lebuhraya LDP/ Jalan Taman Tasik Permai 26. N30 – Kinrara Di tepi Jalan Persiaran Kewajipan (USJ20 Subang Jaya) 27. N31 – Subang Jaya Di simpang 3 Jalan Kemajuan (SS15 Subang Jaya) 28. N33 – Taman Medan Taman Datuk Harun, Jalan PJS2 Nearby to Bazaar 29. N34 – Bukit Gasing Penampan Zone, Jalan Universiti & Jalan 17/1A 30. N35 – Kampung Tunku Nearby To LRT Station Paramount, end road to Jalan 21/1 31. N37 – Bukit Lanjan Jalan Sungai Buloh Kepong, Intersection to Damansara Damai 32. N38 – Paya Jaras Di tepi Jalan Kuala Selangor bersebelahan SMK Bandar Baru Sg. Buloh 33. N39 – Kota Damansara Di Persimpangan ke Sg. Buloh / Kota Damansara / Shah Alam/ Subang Airport 34. N40 – Kota Anggerik Di Bulatan Permai antara Persiaran Masjid dan Persiaran Dato’ Menteri 35. N41 – Batu Tiga Di Persimpangan Jalan Landasan dan Jalan Dato’ Mohd Saidin 36. N44 – Sungai Pinang Di Persimpangan Jalan Kapar dan Lebuh Selat Kelang Berhampiran Carefoor 37. N45 – Selat Klang Di Jalan Sultan Abdul Samad berhampiran Masjid Bandar Sultan Sulaiman 38. N46 – Pelanbuhan Klang Di Jalan Pandamaran ke Jalan Telok Gong 39. N47 – Pandamaran Di Persiaran Raja Muda Musa/Jalan Kim Chuan Berhampiran Kompleks Sukan – ( di selia oleh MPK) 40. N48 – Kota Alam Shah Di tepi Bulatan Persiaran Seraya dan Leboh Turi 41. N49 – Seri Andalas Di Simpang Jalan Dato’ Mohd Sidin / Jalan Kg. Jawa 42. N54 – Tanjung Sepat Di Jalan Sultan Alam Shah berhadapan dengan Medan Selera Tanjung Sepat Indah 43. N55 – Dengkil Di Simpang 3 Jalan Kajang-Dengkil dan Jalan Banting berhadapan Balai Polis Dengkil 44. N56 – Sungai Pelek Berhadapan Balai Polis Sungai Pelek Ada terdapat 12 DUN yang menghadapi masalah vadalisma dimana billboard yang telah dibina rosak atau hilang (sila lihat lampiran 2) yang mana usaha untuk menggantikan billboard tersebut masih dijalankan.
LAMPIRAN 2
BIL ADUN KAWASAN 1. N3 – Sungai Panjang Di Simpang lampu isyarat Simpang 3 Loji Sungai Besar – ( Rosak ) 2. N18 – Hulu Klang Persimpangan MRR2/ Jalan Melawati/ Persiaran Permata – ( Dicuri ) 3. N19 – Bukit Antarabangsa Persimpangan Jalan Ampang/Jalan Dagang Besar, Taman Dagang – ( Dicuri ) 4. N21 – Cempaka Bersebelahan MRR2 berhadapan Tesco Ampang – ( Dicuri ) 5. N32 – Seri Setia Jalan Klang Lama Fronting Guiness Malaysia Berhad – ( Dirobohkan ) 6. N36 – Damansara Utama Jalan SS24/1 Facing Petrol Station – ( Pindah tapi tiada lokasi yang bersesuaian) 7. N42 – Meru Di Persiaran Klang Sentral 2 – Berhampiran Stesen Klang Central – ( Rosak ) 8. N43 – Sementa Di Simpang 3 Jalan Hj. Sirat/Jalan Kapar berdepan Dewan Ahmad Razali – ( Rosak )
9. N50 – Sri Muda Di Bulatan Aman Sek. 25 – ( Dibuka untuk projek pembesaran jalan ) 10. N51 – Sijangkang Di hadapan Taman Sri Medan, bersebelahan Billboard MES – (Rosak)
11. N52 – Teluk Datuk Di Simpang 3 Jalan Banting berhadapan SMK Banting – (Rosak ) 12. N53 – Morib Simpang 3 ( Simpang Morib) depan Kuarters JKR – ( Rosak ) -
Berapakah bajet kerajaan negeri bagi tujuan penerangan ini?
Untuk membina atau membaiki 13 billboard yang rosak, bajet yang diperlukan adalah lebih kurang RM130,000 atau RM13,000 setiap billboard termasuk insuran. Manakala menggantikan visual baharu bajet yang diperlukan adalah RM89,600 atau RM1,600 setiap billboard (10ftx40). Bajet yang disebut di atas boleh berubah mengikut hasil proses sebut harga atau tender.