Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

222) KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Avani Resort Pantai Sepang Gold Coast merupakan salah satu destinasi pelancong. Akan tetapi kesesakan lalu lintas B48 dan simpang KLIA akan menjadi satu halangan besar. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut?

    Tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan Projek Menaiktaraf Jalan B48 dari Simpang Tiga Jenderam ke Pekan Sepang Lama, Daerah Sepang. Pelaksanaan projek ini dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pecahan fasa adalah seperti berikut:

    Fasa Nama Projek Status
    I Simpang Tiga Jenderam ke Kolej Teknologi Timur Perancangan
    II Kolej Teknologi Timur ke Simpang Empat Enstek Pembinaan

    Tarikh mula: 29/10/12 Tarikh jangka siap: 20/4/16

    Jadual(33%)/ Sebenar (22%)

    III Simpang Empat Enstek ke Pekan Sepang Lama Perancangan

    Jabatan Kerja Raya melalui pihak perunding telah melaksanakan Kajian trafik bagi projek tersebut. Hasil daripada kajian, terdapat keperluan untuk pelaksanaan Fasa II dimulakan dahulu.

    Kerajaan Negeri Selangor juga sedang merancang pelaksanaan projek mebina dan menyiapkan jalan baru dari Ulu Chucuh ke Jalan B20 berhampiran KLIA yang dijangkakan akan menyuraikan trafik dari Jalan B48. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan kesesakan lalulintas ke Bandar Baru Salak Tinggi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.