Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

221) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah proses pelantikan yang diguna pakai dalam melantik Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) ? Adakah panel pemilihan dibentuk untuk memilih dan menyaring permohonan dan apakah kelayakan untuk memegang jawatan ini ? Apakah terma rujukan bagi pemegang jawatan ini ?

    Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif MBI atas dasar Penempatan Secara Peminjaman dari Kerajaan Negeri Selangor kepada MBI melalui surat arahan dari Setiausaha Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, tidak perlu panel pemilihan untuk menyaring calon yang dicadangkan. Urusan pelantikan ini seterusnya telah diangkat ke Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI pada 27hb Ogos 2013 untuk kelulusan.

    Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif perlu mempunyai latarbelakang dalam bidang urustadbir korporat / kewangan / perundangan tertakluk kepada keperluan syarikat. Kelayakan ini digunapakai untuk semua pelantikan ke jawatan penjawat utama syarikat termasuk MBI. Terma dan Syarat Perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif MBI yang merangkumi gaji pokok, elaun dan perlindungan insurans ditentukan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.