Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
216) PROJEK PEMBESARAN KG MELAYU RASA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini Projek Pembesaran Kg Melayu Rasa yang terbengkalai sejak tahun 2000 dan nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu pembeli memandangkan mereka telah mempunyai geran tanah?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 16/1999 yang bersidang pada 22 Jun 1999 telah meluluskan Projek Pembesaran Kampung Melayu, Rasa di Lot kawasan seluas 32,391 ekar. Cadangan projek mengandungi 161 Lot kediaman dan 7 Lot kedai. Walau bagaimanapun pembinaan projek ini yang dilakukan oleh kontraktor iaitu Tetuan Litar Jaya Sdn Bhd telah terbengkalai disebabkan oleh faktor kewangan.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 16/2010 yang bersidang pada 5 Mei 2010 telah menolak semua permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah bagi projek pembesaran kampung berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010 melainkan projek tersebut mematuhi syarat-syarat pembangunan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Projek ini adalah salah satu daripada projek yang telah dibekukan.
Pada masa kini kerajaan negeri dalam proses memagar tanah kerajaan ini bagi mengelak berlakunya pencerobohan. PKNS sedang membuat kajian kemungkinan sama ada projek ini berpotensi untuk diambil alih oleh PKNS.