Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

205) PELABUR LUAR NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha yang telah dilakukan untuk mempelawa pelabur-pelabur dari luar negeri untuk melabur di negeri Selangor.

     Antara usaha yang dilakukan untuk menarik pelabur luar melabur di Negeri Selangor adalah seperti berikut;-

    1. Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan penggalakan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui SSIC akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang .
    2. Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke
    3. Melantik wakil di luar Negara bagi membantu mempromosikan peluang- peluang pelaburan di Negara
    4. Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan Negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara
    5. Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak dalam dan luar
    6. Penyertaan dalam pameran bertaraf antarabangsa
  2. Apakah keistimewaan ataupun pengecualian yang boleh ditawarkan oleh kerajaan untuk memastikan Selangor pilihan utama pelabur-pelabur?

    Kerajaan Negeri tidak menawarkan sebarang pengecualian kepada para pelabur.. Namun, Negeri Selangor masih menjadi pilihan para pelabur di sebabkan keistimewaan seperti berikut;-

    1. Kedudukan yang strategik berdekatan dengan Pusat Pentadbiran dan juga kemudahan aktiviti import dan
    2. Kestabilan Politik dan Polisi
    3. Penggunaan bahasa Inggeris yang meluas memudahkan para pelabur berkomunikasi dengan pekerja
    4. Hak Perlindungan Harta Intelek
    5. Jaringan jalan raya dan lebuh raya yang selesa
    6. Industri sokongan seperti perkhidmatan logistik, perbankan dan lain-lain.
    7. Sumber Tenaga Mahir dan separuh mahir
    8. Kemudahan pendidikan untuk anak-anak expatriate seperti International School.
    9. Gaya hidup seperti kemudahan pusat membeli belah, padang golf dan lain-lain kemudahan untuk aktiviti
    10. Kemudahan pusat perubatan bertaraf antarabangsa

    Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengambil beberapa inisiatif lain seperti;-

    1. Menyediakan prasarana pelaburan yang kondusif dengan mewujudkan kawasan Industri yang selesa dan lengkap dengan kemudahan infra seperti Selangor Science Park yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri
    2. Mewujudkan agensi penggalakan pelaburan seperti SSIC bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para

    Mewujudkan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur di peringkat kelulusan pembangunan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.