Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

200) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan rumah mampu milik yang ada di Selangor

    Untuk makluman Y.B, sehingga kini, sebanyak tiga projek perumahan mampu milik yang melibatkan 1,682 unit telah ada atau siap dibina oleh Kerajaan Negeri dan pemaju swasta.

     

  2. Sila kemukakan senarai kawasan di mana rumah mampu milik telah dibina dan akan dibina dalam tahun 2014

    Untuk makluman Y.B juga, pecahan serta kedudukan 1,682 unit projek perumahan mampu milik yang telah siap dibina adalah terdiri daripada Bukit Botak, Selayang mempunyai 1,422 unit. Projek kedua adalah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi yang dibina sebanyak 124 unit. Manakala 136 unit lagi terletak di Bandar Sungai Long,

    Projek rumah mampu milik yang akan dibina dalam tahun 2014 adalah sebanyak 4 projek yang melibatkan 2,965 unit. Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Perincian Projek Rumah Mampu Milik Yang Akan Dibina Dalam Tahun 2014

     

    Bil Nama Projek Pemaju Jumlah Unit
    1. Desa    Alam,    Seksyen    U12, Shah Alam, Petaling PKNS / Debbin Sdn. Bhd. 104
    2. Sutera Damansara,Pekan Baru Sg Buloh, Petaling PNSB / Semponia Sdn. Bhd. 236
    3. Seksyen 1D, Antara Gapi, Hulu Selangor PKNS 129
    4. Ukay Indah, Sg Sering, Hulu Kelang, Gombak LPHS 2496
    JUMLAH 2,965

     

Lampiran

Tiada Lampiran.