Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

199) ISU ‘ALLAH’

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan semua Standard Operating Procedure (SOP) yang berkenaan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila JAIS melakukan serbuan ataupun operasi di kawasan agama selain daripada Islam?

    Meskipun JAIS mempunyai Standard Operating Procedure  (SOP)  yang  digunapakai bagi melaksanakan siasatan dan tindakan terhadap kesalahan jenayah Syariah, JAIS masih belum mempunyai SOP khusus untuk tindakan yang melibatkan kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988, kerana berbanding dengan penyiasatan kes Syariah, penyiasatan bagi kesalahan di bawah Enakmen tersebut adalah berdasarkan Criminal Procedure Code, yang merupakan bidangkuasa Mahkamah Sivil.

    Sehubungan dengan itu, SOP mengenainya sedang dideraf untuk dibentang dan dibincang dalam Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988 yang ditubuhkan melalui Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor bil.1/2014.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.