Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
194) BANGUNAN BARU DEWAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan Bangunan Baru DNS ?
Lawatan ke Dewan Negeri Sarawak telah diadakan ada 28/1/2014 bagi membantu penyediaan brif projek. Dijangkakan brif projek akan dimuktamadkan pada 30/4/2014.
Pihak JKR menjangkakan pelan konsep sedia untuk dibentang ke MTESS pada akhir Mei 2014.
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi bagi merealisasikan perancangan tersebut ?
Tiada kekangan yang dihadapi bagi merealisasikan perancangan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran peruntukan yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan cadangan tersebut ?
Anggaran peruntukan akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri selepas lukisan konsep berdasarkan kepada keperluan baru yang diterima daripada pihak Pengurusan Dewan dimuktamadkan iaitu pada bulan Mei 2014