Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
192) PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bandingkan keuntungan atau kerugian terkini sebelum cukai yang dicapai oleh keempat-empat syarikat GLC di bawah: i. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ii. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), iii. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), dan iv. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Keuntungan/(kerugian) terkini sebelum cukai yang dicapai oleh keempat – empat syarikat GLC tersebut berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit tahun 2011 dan 2012 adalah seperti berikut :-
Bil.
Nama Syarikat
Amaun keuntungan/ (kerugian) sebelum cukai RM Amaun keuntungan/ (kerugian) sebelum cukai RM 31.12.2012
31.12.2011
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 325,217,000.00 409,579,000.00 2. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
23,160,701.00 38,095,463.00 3. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 36,005,000.00 15,298,000.00 4. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 132,590.00 17,428,279.00 *Penyata Kewangan tahun 2013 masih dalam semakan Audit
Berikut merupakan analisis ringkas kepada prestasi kewangan oleh keempat – empat syarikat GLC tersebut pada tahun berakhir 31 Disember 2012 :-
a. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
- Berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Kumpulan PKNS bagi tahun kewangan 2012, kedudukan dana bersih syarikat telah meningkat sebanyak RM161.579 juta yang bersamaan dengan 3.3% berbanding tahun
- Pada tahun tersebut, keuntungan bersih adalah sebanyak RM218.99 juta di mana keuntungan ini mengalami penurunan sebanyak -30.65% berbanding tahun kewangan 2011. Selain daripada peningkatan dalam pelbagai kos operasi, antara faktor
utama yang menyumbang kepada penurunan tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan kos pelaksanaan perkhidmatan yang meningkat sebanyak 486.39% kepada RM114.262 juta berbanding kos pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM21.244 juta.
b. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
- Berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Kumpulan PNSB bagi tahun kewangan 2012, kedudukan dana bersih syarikat telah meningkat sebanyak RM31.42 juta yang bersamaan dengan 3.1% berbanding tahun
- Pada tahun tersebut, jumlah keuntungan bersih yang dijana oleh PNSB adalah sebanyak RM9.27 juta di mana keuntungan ini mengalami penurunan sebanyak -67.36% berbanding tahun kewangan 2011. Faktor utama kepada penurunan tersebut adalah disebabkan oleh kos kewangan yang dibayar sebanyak RM10.07 juta faedah kepada bank berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM0.27 juta. Faedah tersebut merupakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat bagi tujuan pembelian tanah – tanah untuk dibangunkan secara
- Walau bagaimanapun, nisbah hutang PNSB masih pada kadar yang rendah berbanding aset yang dimiliki iaitu sebanyak 0.6. Pada masa ini, PNSB mempunyai sejumlah tanah yang bernilai RM690.15 juta pada kos yang masih di dalam fasa pembangunan hartanah yang dijangka dapat memberikan pulangan yang baik untuk tempoh jangka masa
c. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
- Berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Kumpulan KDEB bagi tahun kewangan 2012, keuntungan selepas cukai KDEB di peringkat Kumpulan adalah sebanyak RM22.896 jut berbanding tahun 2011.
- Berikut merupakan rekod keuntungan/(kerugian) selepas cukai KDEB diperingkat Kumpulan bagi tempoh 5 tahun terkini :-
Tahun kewangan Keuntungan/(kerugian) selepas cukai RM juta
2012 22.896 2011 (5.160) 2010 42.653 2009 (0.737) 2008 (122.488) - Pada tahun 2012, perkongsian keuntungan dengan Syarikat Bersekutu telah meningkat sebanyak 155.5% kepada RM120.01 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM46.97
- KDEB kini telah pun selesai mengambil alih syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad yang dijangka dapat mengukuhkan kedudukan kewangan KDEB di masa
d. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
- Berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Kumpulan PKPS bagi tahun kewangan 2012, kedudukan dana bersih syarikat telah mengalami penurunan sebanyak RM13.75 juta yang bersamaan dengan 3% berbanding tahun
- Perkara ini adalah berikutan prestasi pendapatan bagi tahun 2012 yang mengalami penyusutan sebanyak RM14.9 juta yang bersamaan dengan -95.30%. Pendapatan bagi tahun 2011 adalah pada kadar yang tinggi susulan daripada pelupusan aset dan penutupan operasi syarikat – syarikat subsidiari yang tidak memberikan keuntungan.
- PKPS juga masih lagi dalam proses penyusunan semula operasi syarikat secara menyeluruh dan menjangkakan kestabilan operasi akan dicapai dalam masa