Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
188) TALIAN SAHABAT SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perincian program Talian Sahabat ini dan siapakah pengendalinya?
Pusat Kaunseling Selangor (PKS) atau lebih dikenali dengan nama Talian Sahabat yang beroperasi di Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam merupakan sebuah pusat perkhidmatan sosial yang menawarkan khidmat rundingan dan kaunseling. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku penyelaras pusat berkenaan telah melantik seramai 25 orang kaunselor sambilan yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada orang awam yang memerlukan perkhidmatan rundingan dan kaunseling
Selain itu, PKS ini juga diuruskan sepenuhnya oleh dua (2) orang Pegawai Psikologi Gred S41 yang dliantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.
PKS beroperasi setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan orang awam boleh menghubungi PKS bagi tujuan penetapan temujanji melalui telefon, e-mel atau datang secara langsung di Kompleks PKNS, Shah Alam. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
- kaunseling individu;
- kaunseling keluarga;
- kaunseling kerjaya;
- kaunseling kelompok;
- perkhidmatan runding cara; dan
- perkhidmatan inventori
-
Nyatakan statistik mereka yang telah menggunakan perkhidmatan ini mengikut kaum, jantina dan kumpulan umur dari 2008-2013?
Berdasarkan rekod perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh 2012 hingga 2013, seramai 337 orang awam telah hadir secara sukarela untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan di PKS. Berikut merupakan
pecahan secara terperinci mereka yang telah menggunakan perkhidmatan ini mengikut kaum, jantina dan kumpulan umur dari tahun 2012 hingga 2013.
Bil. Tahun Jantina Jumlah Lelaki Perempuan 1. 2012 47 119 166 2. 2013 50 121 171 Jumlah keseluruhan 97 240 337 Jadual 1: pecahan mengikut jantina
Bil. Tahun Kaum Jumlah Melayu Cina India Lain-lain 1. 2012 155 6 4 1 166 2. 2013 160 4 5 2 171 Jumlah keseluruhan 315 10 9 3 337 Jadual 2: pecahan mengikut kaum
Bil. Tahun Umur (tahun) Jumlah < 20 21-30 31-40 41 ke atas 1. 2012 13 54 59 40 166 2. 2013 19 48 31 73 171 Jumlah keseluruhan 32 102 90 113 337 Jadual 3: pecahan mengikut kategori umur
-
Apakah impak positif program ini kepada masyarakat?
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menjalankan kajian impak pada suku keempat tahun 2014 ini dan sedang dalam proses mengumpulkan maklum balas daripada pelanggan bagi mengkaji keberkesanan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan. Secara jelas, sememangnya diakui bahawa mengukur perkhidmatan yang bersifat sosial seperti perkhidmatan kaunseling ini agak subjektif berbanding perkhidmatan yang diberikan secara fizikal. Antara impak positif yang signifikan hasil daripada perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:
- Membantu masyarakat dalam perkembangan emosi, tingkah laku dan pemikiran yang baik dan positif melalui perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang diberikan percuma oleh kaunselor-kaunselor
- Masyarakat mempunyai saluran yang tepat untuk berkongsi masalah dan isu yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung dapat membantu masyarakat untuk mengurangkan bebanan dan dapat menyelesaikan masalah atau isu yang
- Masyarakat juga dapat dibantu untuk berfungsi dengan baik dengan diri sendiri, dengan orang lain dan juga dengan persekitaran bagi mewujudkan keharmonian.
- Melalui perkhidmatan di Talian Sahabat juga, masyarakat boleh merasai dipunyai dan dihargai dengan salah satu perkhidmatan percuma yang disediakan oleh kerajaan
- Membantu Unit Gejala Sosial di bawah STANCO Pembangunan Modal Insan, Pendidikan dan Pendidikan Tinggi bagi mengurangkan gejala sosial melalui program-program khidmat masyarakat yang dijalankan secara usahasama.