Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

179) JABATAN PERHUTANAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila huraikan apakah status terkini aktiviti pembalakan di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini mengamalkan Dasar Moratorium selama 25 tahun bermula tahun 2010. Selaras dengan itu, tiada pembalakan dibenarkan kecuali untuk tujuan pembangunan tanah dan juga tanah-tanah beri milik.

  2. Sila nyatakan bagaimanakah kaedah pemantauan Jabatan Perhutanan terhadap aktiviti pembalakan haram?

    Pada masa kini terdapat beberapa kaedah pemantauan yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan dalam mengawal serta mencegah pembalakan haram. Antaranya termasuk aktiviti berikut:-

    • Rondaan Berkala

    Jabatan Perhutanan menjalankan rondaan di sepanjang sempadan di luar-luar hutan simpanan kekal. Tumpuan diberikan terhadap kawasan-kawasan yang berhampiran dengan penempatan.

    • Pemantauan Udara

    Jabatan juga menjalankan pemantauan udara untuk mengenalpasti secara menyeluruh kawasan-kawasan yang berkemungkinan berlaku pembalakan haram.

    • Pemantauan melalui imej satelite

    Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah membangunkan sistem yang dikenali sebagai ‘Forest Monitoring Using Remote Sensing’ (FMRS). Dalam sistem ini, pemantauan kawasan ‘hot-spot’ dan sebarang kes dikesan melalui

    perubahan imej satelite. Kawasan ini dibuat diperingkat Unit Penguatkuasaan dan Pegawai-pegawai Hutan Daerah.

    • Program Kesedaran

    Jabatan Perhutanan akan mmemasukkan elemen-elemen kesalahan hutan dalam penerangan-penerangan yang diadakan dari masa ke semasa mengikut program yang telah ditetapkan.

  3. Sila nyatakan apakah yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan dalam menangani masalah pencerobohan tanah-tanah rizab hutan simpan?

    Selain dari langkah-langkah yang dijelaskan sebelum ini, Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kejadian pencerobohan

    • Membina Penghadang/ ‘boom-gate’ pada jalan masuk ke kawasan-kawasan yang sensitif dan terdedah kepada pencerobohan. Ianya dipantau dari semasa ke semasa.
    • Jabatan juga mengambil tindakan penguatkuasaan dengan memusnahkan tanaman-tanaman serta menjalankan program tanaman semula dengan pokok- pokok hutan menggunakan peruntukan tahun semasa. Bagi kawasan-kawasan yang baru dikesan, Jabatan mengeluarkan notis terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan

    Maklumat Tambahan:

    Dalam kebanyakan kes yang dikesan adalah merupakan kes-kes dalam ‘transit’ dimana kayu-kayu dibawa adalah kayu-kayu yang datang dari tanah-tanah berimilik yang dibersihkan untuk tanaman semula. Sepanjang tahun 2013, belum ada lagi kes yang melibatkan pembalakan

Lampiran

Tiada Lampiran.