Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

175) CASH BAND (M) BERHAD

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Cash Band (M) Berhad merupakan anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Nyatakan bidang dan projek di bawah syarikat ini?

    Cash Band (M) Berhad (“Cash Band”) merupakan sebuah syarikat pelaburan induk dan memiliki/mentadbir Perangsang Templer Golf Club (“PTGC”).

    Selain daripada itu, Cash Band juga merupakan syarikat induk bagi Perangsang Hotel & Properties Sdn Bhd (yang memiliki dan menguruskan Quality Hotel City Centre dan Quality Hotel Shah Alam) serta Brisdale International Hotel Sdn Bhd (yang memiliki dan menguruskan Hotel Brisdale). Cash Band juga memiliki kepentingan sebanyak 49% di dalam KDE Recreation Berhad.

  2. Nyatakan pendapatan dan keuntungan syarikat sepanjang penubuhannya?

    Cash Band telah memulakan operasi syarikat iaitu memiliki dan mentadbir PTGC bermula dari 1 Julai

    Pendapatan dan keuntungan syarikat di peringkat Kumpulan Cash Band adalah seperti berikut:-

    RM’000 2007(a) 2008(b) 2009 2010 2011 2012
    Pendapatan 16,944 34,592 39,191 35,987 35,625 35,249
    Keuntungan/ (kerugian)

    selepas cukai

    (1,008) 5,346 (2,931) (3,913) (5,367) (6,099)

    Nota:

    • Pendapatan dan keuntungan bagi tahun 2007 adalah bagi tempoh 6 bulan bermula dari 1 Julai 2007 sehingga 31 Disember 2007
    • Keuntungan yang dicatatkan pada tahun 2008 sebanyak RM5.35 juta adalah disebabkan oleh muhibah negatif (“negative goodwill”) sebanyak RM5.79 juta hasil daripada pengambilalihan

    100% ekuiti di dalam Brisdale International Hotel Sdn Bhd daripada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad

  3. Sejauh manakah sumbangan syarikat kepada kumpulan?

    Sejak penubuhannya, Cash Band masih belum dapat memberi pulangan dalam bentuk dividen kepada syarikat induknya, iaitu Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

    Bagi tahun berakhir 31 Disember 2012, peratus sumbangan pendapatan Cash Band kepada Kumpulan adalah sebanyak 10%.

    Berikutan prestasi dan sumbangan yang lemah oleh Cash Band, Kumpulan telah menilai kebolehsanaan projek pembangunan semula PTGC. S P Setia telah dipilih sebagai rakan usaha sama dalam cadangan menukarkan PTGC kepada pembangunan hartanah kediaman dan perdagangan yang dijangka akan memberikan keuntungan kepada Syarikat dan Kumpulan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.