Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

174) PEMBINAAN GEREJA DI TANJONG KARANG

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi pemilikan tapak dan cadangan pembinaan tersebut?

    Berdasarkan dokumen hakmilik tanah, syarat nyata tanah bagi Lot 178 Mukim Tanjong Karang seluas 0.327 ekar adalah bangunan gereja. Tapak merupakan sebahagian tanah milik pemaju asal kawasan perumahan Taman Tanjong Karang yang telah diserah untuk kegunaan gereja bagi menggantikan gereja sediada. Tapak telah didaftar milik kepada Gereja Methodist Malaysia pada 3 Mac

  2. Apakah faktor-faktor yang mewajarkan pembinaan gereja di kawasan majoritinya penduduk Islam?

    Berdasarkan semakan mendapati kaum cina merupakan majoriti penduduk di kawasan perumahan berdekatan iaitu Taman Ria Min (100 unit rumah) dan Taman Tanjong Karang (49 unit) adalah seperti berikut:-

     

    BIL.

     

    TAMAN

    PECAHAN KAUM
     

    Melayu

     

    Cina

     

    India

    Lot Belum Dijual
    1 Taman Ria Min 39

    (39%)

    46

    (46%)

    4

    (4%)

    11

    (11%)

    2 Taman Tanjong Karang 19

    (39%)

    30

    (61%)

    Cadangan gereja ini adalah bagi menggantikan Gereja Methodist sediada di atas rumah kedai 2 tingkat di Jalan Kilang Padi, Tanjong Karang. Pada masa ini hanya terdapat satu buah sahaja gereja di Tanjong Karang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.