Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

173) SAP LANGKAWI DEVELOPMENT SDN BHD

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif penubuhan SAP Langkawi Development Sdn Bhd?

    LATAR BELAKANG:

    • SAP Langkawi Development Sdn Bhd (“SAPL”) telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan modal berbayar sebanyak RM500,000 dalam bidang pembangunan dan pengurusan
    • Tujuan penubuhan adalah untuk menjadi “Special Purpose Vehicle (SPV)” bagi usaha sama pembangunan hartanah di Langkawi, Kedah bersama Koperasi Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman (“KCS”). Perjanjian Usaha Sama (“JV”) telah termeterai pada 11 November 1995 dengan SAPL memegang 70% ekuiti manakala KCS memegang baki 30%
    • Projek pembangunan yang dikendalikan oleh SAPL merupakan pembangunan hartanah banglo mewah di atas sebidang tanah berkeluasan 50 ekar di Pantai Kok, Mukim Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi, Kedah, pada tahun

     

    • Sebagai rakan kongsi, SAPL telah melabur sebanyak RM6.5 juta dari 1994 hingga 2001 untuk pelaksanaan usaha sama dan perbelanjaan projek. Walau bagaimanapun Projek tersebut tidak dapat diteruskan kerana kurang mendapat sambutan.
    • Berikutan daripada kegagalan melaksanakan projek tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, pada tahun 2010 pihak KCS telah menuntut hak (entitlement) terhadap SAPL sebanyak RM48 juta, seperti yang termaktub dalam perjanjian usaha sama. Oleh demikian, pada 29 September 2011 SAPL telah memasuki suatu perjanjian untuk penjualan aset tersebut. Perolehan daripada jualan aset projek tersebut akan digunakan untuk melunaskan hak tersebut. Ia telah terlaksana sepenuhnya dalam tahun

    SAP Langkawi Development Sdn Bhd (“SAPL”) telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan modal berbayar sebanyak RM500,000 dengan aktiviti teras dalam bidang pembangunan dan pengurusan hartanah. Tujuan penubuhan adalah untuk menjadi “Special Purpose Vehicle (SPV)” bagi usaha sama pembangunan hartanah di Langkawi, Kedah bersama Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman (“KCS”). Perjanjian usaha sama (“JV”) telah termeterai pada 11 November 1995 dengan SAPL memegang 70% ekuiti manakala KCS memegang baki 30% ekuiti.

  2. Nyatakan pendapatan dan keuntungan SAP Langkawi Development Sdn Bhd?

    Analisis pendapatan dan keuntungan SAP Langkawi Development Sdn Bhd dari tahun 1995 sehingga 2013 adalah seperti berikut :-

      1995 1996 1997 1998 1999 2000
    RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta
    Pendapatan
    Untung / (Rugi) -0.08 -0.079 -0.074 -0.026 -0.028 -0.08

     

     

      2001 2002 2003 2004 2005 2006
    RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta
    Pendapatan
    Untung / (Rugi) -6.521 -0.05 -0.003 -0.055 -0.019 -0.003

     

      2007 2008 2009 2010 2011 2012
    RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta RM’ juta
    Pendapatan
    Untung / (Rugi) -0.001 -0.1 -0.132 -0.008 -0.152 0.03
      2013

    (Sebelum Audit)

    JUMLAH

    KESELURUHAN

    RM’ juta RM’ juta
    Pendapatan 8.712 8.712
    Untung / (Rugi) 3.909 -3.472
  3. Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian SAP Langkawi Development Sdn Bhd?

    Senarai projek di bawah kendalian SAP Langkawi Development Sdn Bhd adalah seperti berikut :-

    No. Nama Projek Nilai Projek Lokasi
    1 Pembangunan bercampur di atas tanah seluas lebih kurang 50 ekar di Langkawi Hak Usaha Sama: RM8.712

    Juta

    Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah

     

Lampiran

Tiada Lampiran.