Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
171) PENCEMARAN ANAK SUNGAI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah pencemaran anak sungai di dalam negeri.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) merupakan agensi yang bertanggungjawab di dalam pengurusan sumber air Negeri Selangor selaras dengan penguatkuasaan Enakmen LUAS 1999. LUAS sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan keberkesanan pengurusan sumber air negeri melalui pendekatan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (Integrated Water Resources Management, IWRM) berserta inisiatif-inisiatif baru yang dibangunkan. Melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management, IRBM), usaha-usaha dan inisiatif yang dilaksanakan pihak LUAS bagi perlindungan dan pemuliharaan sumber air selaras dengan Enakmen LUAS 1999 adalah seperti berikut;
- Pihak LUAS telah melaksanakan pewartaan Mukim Pasangan sebagai Zon Perlindungan selaras dengan subseksyen 48(3), Enakmen LUAS 1999 pada 2 Julai 2009. Tujuan pewartaan ini adalah untuk mengawal aktiviti di rizab sungai, zon penampan, dan alam persekitarannya termasuk habitat kelip-kelip di jajaran tertentu di Sungai Selangor dalam Mukim Pasangan, daerah Kuala Selangor. Sehubungan itu bagi memperkukuhkan lagi pengawalan aktiviti di rizab sungai, pihak LUAS sedang di dalam peringkat pewartaan untuk rizab sungai 50 meter di kiri dan kanan tebing sungai bagi Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Damansara sebagai zon perlindungan. Terdapat beberapa anak sungai utama yang kini sedang dalam peringkat kerja ukur bagi tujuan pewartaan iaitu Sungai Sembah, Sungai Semenyih dan anak-anak Sungai Damansara.
- Beberapa peraturan juga telah dikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti- aktiviti yang dijalankan berkenaan dengan sumber air. Antaranya adalah seperti berikut:
- Peraturan-peraturan Abstraksi Sumber Air (Negeri Selangor) 2012 untuk mengawal aktiviti abstraksi sumber air yang dijalankan;
- Peraturan-peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 bagi mengawal aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemasukan atau pelepasan bahan pencemar yang berjadual di mana tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling oleh JAS;
- Peraturan-peraturan Navigasi Jalan Air Pedalaman (Negeri Selangor) 2012 dengan tujuan untuk mengawal aktiviti-aktiviti navigasi di sungai- sungai di Negeri Selangor; dan
- Peraturan-peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013 bagi mengawal aktiviti-aktiviti pengubahan sumber seperti pengorekan pasir, pembinaan jambatan dan juga
Terdapat beberapa peraturan lagi akan dikuatkuasakan dan ini memberi LUAS pelbagai kaedah untuk menguruskan sumber air negeri melalui pengawalan aktiviti.
- Selaras dengan pelaksanaan pengurusan lembangan sungai bersepadu bagi tujuan pemeliharaan sumber air, pihak LUAS merupakan urusetia kepada beberapa Jawatankuasa seperti berikut;
- Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor (JKPSA) yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar. Jawatankuasa ini menyelaras tindakan bersepadu LUAS bersama agensi dan jabatan-jabatan lain yang berkenaan bagi menangani setiap kes kecemasan pencemaran sumber air di dalam jangka masa yang singkat berdasarkan Manual Operasi. Antara kes yang yang telah berjaya ditangani dengan baik adalah pembuangan minyak oleh sebuah premis ke dalam Sungai Gong (anak Sungai Selangor) yang telah menyebabkan gangguan bekalan air; dan
- Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri Selangor (dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Selangor dan Langat (dipengerusikan oleh Pengarah LUAS). Kedua-dua jawatankuasa ini berperanan sebagai pusat sehenti bagi pelaksanaan tindakan bersepadu bersama agensi berkaitan dalam menangani isu-isu pencemaran dan isu lain yang melibatkan sumber air di Negeri Selangor. Melalui jawatankuasa ini juga, perbincangan mengenai tindakan dan penyelesaian yang bersesuaian dapat
- Pihak LUAS juga telah mengambil inisiatif dengan membangunkan Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor di mana Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor telah meluluskan pemakaiannya kepada
semua PBT dan agensi di Negeri Selangor. Strategi Pengurusan Sungai ini diwujudkan untuk menekankan dasar pembangunan dengan mengikut keadaan fizikal semula jadi sungai bagi memelihara keadaan asal sumber air tersebut. Pihak Lembaga juga telah membangunkan Strategi Pengurusan Tasik Negeri Selangor di mana melibatkan dasar pembangunan dengan mengambilkira keadaan fizikal semulajadi tasik dan juga pemeliharaannya.
Pihak LUAS akan memastikan usaha dan langkah-langkah kawalan dalam memastikan penjagaan dan perlindungan sumber air bagi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.