Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
158) PINJAMAN SEBANYAK RM 423 JUTA KEPADA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pinjaman RM 423 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) telah diluluskan pada tahun 2013. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah KDEB telah mula membayar balik kepada kerajaan negeri?
Pinjaman kepada KDEB bagi pengambilalihan KHSB adalah sebanyak RM413.2 juta dan bukan sebanyak RM423 juta. Pinjaman tersebut telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada KDEB sepenuhnya pada Oktober 2013. KDEB mempunyai tempoh selama satu tahun dari Oktober 2013 untuk membuat pembayaran balik kepada Kerajaan Negeri Selangor. KDEB sedang dalam perbincangan akhir dengan institusi kewangan untuk menerbitkan Redeemable Non-Convertible Unsecured Loan Stock (“RULS”) bagi tujuan pembayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri tersebut.
Berkenaan perkembangan terkini pengambilalihan KHSB, pada 17 Disember 2013 KHSB telah dikeluarkan daripada senarai Bursa Saham Malaysia Berhad berikutan pegangan KDEB di dalam KHSB telah melebihi 90%. Sehingga 8 Mac 2014 iaitu tarikh akhir bagi tawaran pengambilalihan KHSB, pegangan KDEB di dalam KHSB adalah sebanyak 95%.