Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
155) ASET MILIK MBI/SSI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Antara hasil Menteri Besar Incorporated (MBI) / Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SSI) terdiri daripada kutipan sewa aset-aset miliknya.Nyatakan aset-aset yang dimiliki oleh MBI/SSI ini?
Senarai aset-aset yang dimiliki MBI/SSI yang menyumbang hasil daripada sewaan adalah seperti
- 1unit rumah teres 2 tingkat – Taman Andalas Permai, Klang
- 2blok rumah flat (200unit) Council Homes – Bangi
- 4unit rumah kedai 2 tingkat – Taman Meru Selatan, Klang
- 3unit rumah teres 2 tingkat – Taman Meru Selatan, Klang
- 9unit rumah kedai 2 tingkat – Taman Pahlawan, Kuala Langat
- 6unit rumah teres 1 tingkat – Taman Pahlawan, Kuala Langat
- Ruang pejabat Bangunan Darul Ehsan (SUK2)
-
Siapakah yang bertanggungjawab mentadbir urus aset-aset ini?
Urus tadbir aset tersebut diselaraskan di bawah MBI.