Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
153) HUTAN BAKAU PESISIR PANTAI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah luas hutan bakau di pesisir pantai negeri Selangor?
Keluasan hutan bakau di pesisir pantai negeri Selangor dianggarkan seluas lebih kurang 21,194 hektar. Daripada keluasan tersebut, seluas lebih kurang 18,988.00 hektar adalah Hutan Simpanan
-
Adakah kerajaan negeri ada membuat pemantauan mengenai penebangan Kayu bakau secara haram di pesisir pantai untuk dijadikan kolam ikan dan udang?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan sentiasa membuat pemantauan terhadap penebangan kayu bakau. Ianya bukan sahaja terhadap tebangan secara haram untuk dijadikan kolam ikan dan udang, malahan juga terhadap semua aktiviti penebangan kayu bakau. Selain daripada rondaan secara berkala melalui sungai, rondaan juga dijalankan dikawasan-kawasan persisiran pantai. Jabatan juga menjalankan risikan-risikan di kawasan-kawasan yang dianggap sebagai hot-spot.
-
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri jika berlaku penebangan secara haram tersebut?
Pihak Kerajaan akan mengambil tindakan berlandaskan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Ini bermakna setiap tindakan bergantung kepada jenis kesalahan dan seksyen yang
Maklumat Tambahan:
Sepanjang tahun 2013, terdapat sembilan (9) kes telah dikesan melibatkan kesalahan hutan berkaitan tebangan secara haram kayu bakau. Kebanyakan kes yang dikesan melibatkan pengangkutan kayu bakau melalui sungai. Semua kayu bakau dirampas termasuklah sampan dan bot-bot serta enjin yang digunakan disita. Bagi tahun 2014, hasil daripada risikan yang dibuat, Jabatan telah mengesan lima (5) kes dan kes-kes ini masih lagi dalam tindakan siasatan.