Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

146) PROGRAM PENDEMOKRASIAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Laporan perbelanjaan geran Selangorku menyatakan RM3,506,232.86 telah dibelanjakan untuk Semakan Daftar Pemilih dan Bantahan. Apakah justifikasi program dan kesannya terhadap demokrasi ?

    Program Pendemokrasian Semakan Daftar Pemilih merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan sistem demokrasi yang telus dijalankan semasa pilihanraya. Program Pendemokrasian Semakan daftar Pemilih merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menyemak senarai nama para pengundi yang berdaftar dengan sahnya sebagai pengundi. agar satu penyelarasan daftar pengundi dilaksanakan di negeri Selangor. Cadangan ini adalah berikutan dengan data penambahan bilangan daftar pengundi yang terlalu ramai di sesuatu kawasan DUN dan kawasan parlimen di negeri Selangor. Malaysia merupakan sebuah negara yang berprinsipkan Parlimen Demokrasi. Ini bermakna, setiap rakyat di negara ini mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin yang mereka kehendaki. Dengan hasrat membolehkan rakyat di negeri Selangor ini melaksanakan hak mereka sebagai warganegara Malaysia, telah dilaksanakan satu sistem penyemakan daftar pengundi dan memberi maklum kepada para pengundi tentang tempat dan kawasan yang mereka akan mengundi. Selain itu, adalah menjadi tanggung jawab pihak kerajaan negeri bagi mengetahui individu-individu yang telah sah berdaftar sebagai pengundi di negeri ini dan telah menerima kelebihan-kelebihan sebagai seorang rakyat di negeri Selangor

  2. Nyatakan berapakah jumlah perbelanjaan mengikut 56 kawasan DUN?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Pendemokrasian Semakan Daftar mulai tahun 2012 dengan jumlah perbelanjaan  sebanyak RM1,603,662.00 bagi keseluruhan 56 kawasan Dewan Negeri Selangor (DNS). Perincian perbelanjaan bagi kesemua 56 DNS adalah seperti di Lampiran

    LAMPIRAN 1

     

    BIL

     

    DAERAH

     

    DUN

     

    WANG DIEDARKAN

    1  

     

     

    Sabak Bernam

    Sungai Air Tawar RM10,887.00
    2 Sabak RM17,205.00
    3 Sungai Panjang RM21,546.00
    4 Sekinchan RM9,564.00
    5  

     

    Hulu Selangor

    Hulu Bernam RM12,963.00
    6 Kuala Kubu Baharu RM12,906.00
    7 Batang Kali RM48,732.00
    8  

     

     

    Kuala Selangor

    Sungai Burong RM13,302.00
    9 Permatang RM10,374.00
    10 Bukit Melawati RM12,051.00
    11 Ijok RM10,281.00
    12 Jeram RM24,695.00
    13  

     

     

     

     

    Gombak

    Kuang RM22,071.00
    14 Rawang RM24,585.00
    15 Taman Templer RM37,092.00
    16 Batu Caves RM18,582.00
    17 Gombak Setia RM34,640.00
     

    18

     

    Hulu Kelang

     

    RM34,839.00

     

    19  

     

     

     

     

     

     

     

     

    Hulu Langat

    Bukit Antarabangsa RM20,412.00
    20 Lembah Jaya RM34,581.00
    21 Cempaka RM32,280.00
    22 Teratai RM33,432.00
    23 Dusun Tua RM40,950.00
    24 Semenyih RM42,042.00
    25 Kajang RM33,505.00
    26 Bangi RM55,083.00
    27 Balakong RM40,800.00
    28  

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Petaling

    Sri Kembangan RM19,908.00
    29 Sri Serdang RM71,099.00
    30 Kinrara RM29,198.00
    31 Subang Jaya RM55,002.00
    32 Seri Setia RM27,603.00
    33 Taman Medan RM27,309.00
    34 Bukit Gasing RM14,383.00
    35 Kampung Tunku RM11,883.00
    36 Damansara Utama RM31,884.00
    37 Bukit Lanjan RM36,743.00
    38 Paya Jaras RM42,134.00
    39 Kota Damansara RM55,411.00

     

    40  

    Petaling

    Kota Anggerik RM44,836.00
    41 Batu Tiga RM29,056.00
    42  

     

     

     

     

     

     

     

    Klang

    Meru RM28,394.00
    43 Sementa RM31,388.00
    44 Sungai Pinang RM12,528.00
    45 Selat Klang RM31,537.00
    46 Pelabuhan Klang RM37,300.00
    47 Pandamaran RM7,186.00
    48 Kota Alam Shah RM24,695.00
    49 Seri Andalas RM47,367.00
    50 Sri Muda RM35,511.00
    51  

     

    Kuala Langat

    Sijangkang RM26,565.00
    52 Teluk Datuk RM19,455.00
    53 Morib RM29,615.00
    54 Tanjung Sepat RM14,796.00
    55  

    Sepang

    Dengkil RM33,807.00
    56 Sungai Pelek RM17,678.00
    JUMLAH KESELURUHAN RM1,603,662.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.