Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
136) MASALAH LIMPAHAN KONKRIT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah limpahan konkrit ke atas jalan oleh lori bancuhan konkrit.
Usaha yang dilakukan oleh PBT bagi menangani masalah limpahan konkrit ke atas jalan oleh lori bancuhan konkrit ialah:-
- PBT telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pemaju & pengusaha konkrit bagi mencari jalan penyelesaian ke atas masalah tumpahan konkrit;
- PBT telah melaksanakan pemantauan atau rondaan ke atas tapak-tapak projek secara berkala bagi memastikan pihak syarikat atau pemaju terbabit mematuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak majlis;
- Pihak syarikat atau pemaju yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133), Seksyen 47 (1) (e) oleh PBT;
- Disamping itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menguatkuasakan tindakan terhadap pemandu lori yang mambawa lebihan muatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat juga boleh mengenakan tindakan yang sama di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat