Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
132) KENAIKAN GAJI/ELAUN GURU KAFA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri ada mengatakan akan memberi kenaikan gaji/elaun kepada guru-guru KAFA di Selangor tapi masih belum terlaksana. Berapakah kadar baru setelah kenaikan dan peratusan kenaikannya?
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyediakan Kertas Ringkasan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan dibentangkan semasa Mesyuarat MMKN Ke-5/2014 pada 5 Februari 2014 lalu. Setelah perbincangan dan penelitian lanjut, MMKN bersetuju menangguhkan permohonan cadangan kenaikan bayaran elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan KAFA Integrasi Negeri Selangor Darul
Bagi tujuan berkenaan, MMKN bersetuju JAIS dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (BPSM) menubuhkan Jawatankuasa Penilaian untuk mengkaji dan menilai kesesuaian cadangan ini. Antara fungsi Jawatankuasa Penilaian adalah seperti berikut:
- memperhalusi kewajaran cadangan kenaikan elaun guru-guru KAFA di Selangor dan keberhasilannya terhadap Kerajaan Negeri;
- mengesyorkan kadar kenaikan elaun yang bersesuaian berdasarkan deskripsi dan jumlah waktu bekerja guru-guru KAFA; dan
- mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh JAIS terhadap skim perkhidmatan guru-guru KAFA supaya seimbang dengan elaun dan skop kerja
Pada masa ini, Guru-guru KAFA dibayar elaun bulanan berjumlah RM1,300.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Tiga Ratus Sahaja) yang mana sumber pembayaran disalurkan oleh Kerajaan Negeri, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengikut pecahan seperti berikut:
Bil. Sumber Jumlah 1. Kerajaan Negeri Selangor RM360.00 2. Lembaga Zakat Selangor (LZS) RM140.00 3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) RM800.00 Jumlah keseluruhan RM1,300.00 -
Berapakah peruntukan tambahan untuk pelaksanaan?
Sepertimana diperjelaskan di jawapan (a), cadangan kenaikan elaun guru-guru KAFA ini hanya akan diputuskan selepas penelitian semula oleh Jawatankuasa Penilaian yang akan mengusulkan beberapa cadangan dan dibentangkan di dalam mesyuarat
Berdasarkan perkiraan awal yang dicadangkan oleh pihak pengurusan JAIS melalui Kertas Ringkasan MMKN yang terdahulu, jumlah keseluruhan peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM18,115,200.00 setahun. Jumlah berkenaan mengambil kira penambahan bayaran elaun bulanan sebanyak RM200.00 kepada 6800 orang guru KAFA di Negeri Selangor.
Namun yang demikian, jumlah sebenar peruntukan tambahan yang diperlukan sekiranya kenaikan elaun ini diluluskan masih tertakluk kepada outcome kajian dan keputusan MMKN kelak.
-
Bilakah cadangan ini dapat dilaksanakan?
Kajian ini dijangka akan dibentangkan semula ke MMKN selewat-lewatnya pada minggu terakhir bulan Jun 2014.