Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
117) PENYAKIT KENCING TIKUS (LEPTOSPIROSIS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jumlah kes penyakit leptospirosis yang dilaporkan sehingga Oktober 2013 ialah 134 kes dengan 7 kematian. Apakah kes penyakit Leptospirosis ini masih dalam perhatian yang serius oleh pihak kerajaan negeri?
Penyakit Leptospirosis memang diberi perhatian serius oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Sepanjang tahun 2013 sebanyak 1352 kes dilaporkan dengan 14 kematian (183 adalah kes sah dan 1169 adalah kes probable). Jumlah kes yang disahkan meningkat sebanyak 18% berbanding dengan kes yang disahkan pada tahun 2012 (154 kes) Antara tindakan yang dilakukan adalah seperti berikut:
- Semua kes yang memenuhi kriteria klinikal leptospirosis wajib dilaporkan dengan segera oleh semua pegawai perubatan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang
- Semua kes yang dilaporkan akan disiasat dengan segera oleh PKD. Siasatan adalah meliputi risiko jangkitan di rumah dan risiko jangkitan di mana kes telah pergi. Sampel persekitaran seperti sampel air, sampel tikus dan tanah akan diambil untuk
- Pendidikan kesihatan kepada semua yang terdedah berkaitan leptospirosis juga diberikan.
- Semua pemilik pusat rekreasi / perkhemahan /pusat latihan yang menyediakan atau ada aktiviti berisiko ( aktiviti yang ada kontak dengan air atau lumpur) akan diberi taklimat mengenai risiko jangkitan Leptospirosis oleh PKD masing-masing. Pemilik-pemilik ini juga diminta untuk mengedarkan risalah mengenai
Leptospirosis dan memaklumkan langkah-langkah pencegahan kepada pengunjung yang hadir.
- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ingin mencadangkan supaya semua pusat rekreasi / pusat latihan / perkhemahan ini meletakkan tanda amaran atau signage. Kandungan dan tujuan signage ini adalah supaya para pengunjung sentiasa berjaga-jaga dan mengambil tindakan pencegahan yang sepatutnya bagi mengelak jangkitan leptospirosis ini. Semua pusat rekreasi/pusat latihan/perkhemahan diharap dapat berhubung dengan PKD masing-masing untuk urusan
Taburan kes Leptospirosis Mengikut Daerah di Selangor Tahun 2012 dan 2013
Pejabat Kesihatan
2012 2013 Kes Probable Kes Disahkan Makmal Kes Probable
Kes Disahkan Makmal Gombak 72 15 137 16 Hulu Langat 169 16 348 46 Hulu Selangor 60 33 63 25 Klang 180 21 36 29 Kuala Langat 19 15 27 0 Kuala Selangor 16 3 24 1 Petaling 181 24 481 35 Sabak Bernam 2 27 7 16 Sepang 7 0 46 15 Jumlah 706 154 (8) 1169 183 (14) -
Apakah tindakan pihak kerajaan negeri ke atas pengusaha yang ingkar arahan dan tidak menjalankan pembersihan premis?
Berkaitan jangkitan leptospirosis, setakat ini tiada pengusaha premis yang ingkar arahan dan tidak menjalankan pembersihan
Kepada pengusaha yang ingkar arahan dan tidak menjalankan pembersihan seperti yang telah diarahkan oleh seorang Pegawai Diberikuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, mereka boleh didakwa di mahkamah, di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 2 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kedua,penjara tidak lebih 5 tahun atau didenda atau kedua- duanya sekali
Bagi kesalahan berterusan, denda selanjutnya boleh dikenakan tidak melebihi RM200/- bagi setiap kesalahan.