Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
111) BANGUNAN WARISAN DI PEKAN KKB
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah cadangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor untuk membantu bangunan yang dibina tahun 1930 di pekan KKB yang pernah digunakan sebagai balai bomba tetapi terbiar sejak 2001 supaya tidak terus usang dan dibuka untuk orang ramai melawat.
Cadangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bagi pemuliharaan bangunan yang pernah digunakan sebagai balai bomba sejak tahun 1930 adalah seperti berikut :-
- Membuat justifikasi pewartaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005;
- Membuat persetujuaan dari kerajaan Negeri bagi pewartaan monument bangunan lama;
- Melaksanakan ‘historical architecture drawing survey (HABS drawing)’ bagi mendokumentasi bangunan tersebut secara terperinci;
- Permohonan peruntukan untuk memulihara bangunan tersebut; dan
- Melibatkan beberapa agensi terlibat untuk bersama-sama membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan