Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

103) PROJEK USAHASAMA PKNS DENGAN GDV BERNILAI RM800 JUTA DIURUSKAN OLEH PEGAWAI KONTRAK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rasional projek 13 ekar di Bandar Baru Bangi bernilai RM316 juta dikendalikan oleh pegawai kontrak?

    Projek 13 ekar di Bandar Baru Bangi adalah projek penswastaan oleh Syarikat Andaman Realty Sdn. Bhd dan tiada pegawai kontrak PKNS yang mengendalikan projek

  2. Apakah alasan projek 22.39 ekar di Selangor Science Park 2 bernilai RM504.15 juta dikendalikan oleh pegawai kontrak?

    Projek di Selangor Science Park 2 bernilai RM504.15 juta adalah dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Bisnes (BDD). Yang mana Pembangunan Bisnes adalah sebuah bahagian baru di PKNS yang baru ditubuhkan dan terdapat kekurangan kakitangan dan kepakaran pada waktu tersebut.

    Namun begitu, pegawai kontrak tersebut telah dihantar kembali ke PKNS Holdings Sdn. Bhd. dan telah ditamatkan kontrak pada Februari 2014.

     

  3. Tidakkah tindakan ini meminggirkan pegawai tetap di PKNS?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.