Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
102) KEHARMONIAN ANTARA KAUM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan melaksanakan apa-apa kajian terhadap tahap keharmonian antara kaum di Selangor?
Kajian-kajian sosial dan spesifik mengenai keharmonian kaum telah banyak dijalankan oleh pelbagai universiti dan ia boleh dijadikan sumber rujukan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri
-
Apakah strategi dan langkah kerajaan negeri untuk mengekalkan keharmonian yang ada?
Strategi dan langkah yang perlu diambil untuk mengekalkan keharmonian sedia ada ialah dengan mempunyai sikap bertolak ansur oleh semua pihak dan memberikan keadilan dalam polisi sosial dan Kegagalan untuk menanam dan memupuk sikap bertoleransi serta polisi- polisi yang tidak memberi jaminan keadilan adalah resepi yang akan membawa kehancuran kepada negara.